CPUV Ke 16 & 17 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Terkilan rasanya sebab dah lama tak meluangkan masa berkualiti di blog ini dengan perkongsian ilmu dan pendapat yang bermanfaat sesama manusia di alam maya. Azam untuk kembali konsisten dalam blogging tempoh hari, nampaknya semakin tak berjaya untuk dikecapi.

Walau bagaimana pun, alhamdulillah. Syukur kerana blog Mieya masih lagi mendapat kepercayaan dari para advertiser dan Nuffnang untuk memaparkan kempen iklan mereka di sini. Maybe lepas ni, Mieya akan cuba draft kan sebanyak mana entri yang boleh bagi memastikan blog ini sentiasa hidup.



CPUV Campaign Nuffnang kali ini adalah daripada S&P Food - Coconut Milk Powder dan Kastam Malaysia. Sekaligus menjadikan 4 CPUV yang sedang running di blog Mieya. Hope dapat bertahan lebih lama lagi.

Kalau korang nak tahu, S&P Food - Coconut Milk Powder ni sebenarnya merupakan santan serbuk yang boleh dijadikan sebagai bahan pengganti jika santan kelapa ori tak cukup stok. So far, Mieya sekeluarga belum pernah lagi menggunakan santan ekspres sebegini. Tapi, why not suatu hari nanti Mieya juga boleh cuba gunakannya jika santan kelapa ori kehabisan stok nanti kan?

Pihak Kastam Malaysia kini sedang giat menjalankan kempen Ops Outlet untuk memerangi kegiatan penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram di negara kita. Mana-mana perokok atau penjual yang didapati menghisap dan menjual rokok seludup ini boleh dipenjara atau didenda. So, kita selaku masyarakat prihatin haruslah membantu pihak berkuasa dalam membanteras rokok seludup ini daripada terus berleluasa. 

Akhir kata, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kempen yang penuh dengan informasi untuk Mieya kongsikan bersama rakan pembaca. Harap boleh terima lebih banyak iklan dari awak lagi (^,^)


1 comments:

Cik Itah said...

salam. tahniah mieya :)