CPUV Ke 13 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Tergendala sekejap dengan aktiviti berblogwalking dan mengupdate blog di hujung minggu semalam. Bukan apa, Mieya sibuk meluangkan masa dengan hobi lama Mieya, bercucuk tanam dalam pasu

Kalau ada di kalangan kalian yang ingat, hobi bercucuk tanam ni memang membuatkan Mieya lupa dan leka dengan hal sekeliling. Tiap-tiap petang, biarpun penat baru balik daripada kerja.. Mieya tetap gagahkan diri untuk menyiram semua tumbuhan di halaman rumah. 

Actually, sudah hampir setahun Mieya meninggalkan hobi ini sejak rumah siap diubahsuai dan juga sejak emak Mieya 'accident' hari tu. Sebab tu, terus lupa dengan hobi yang menyihatkan badan ni. hehehe tutup cerita bab gardening dulu.


Alhamdulillah, tadi check Nuffnang rupa-rupanya ada CPUV terbaru; iaitu "Invest Smart Campaign". Syukur sangat-sangat, masih ada rezeki blog Mieya dengan Nuffnang. Sebab tu lah sampai sekarang, i takkan sesekali curang dengan u. Ecehhh!

Terima kasih banyak-banyak kepada Invest Smart Campaign dan Nuffnang yang sudi beriklan di blog Mieya. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang selalu meluangkan masa untuk terjah ke blog Mieya ni. Terima kasih.


5 comments:

Unknown said...

Congrats mieya, belog akak jugak xde cpuv baru singgah! Sedih :(

Lieya Von Jay said...

tahniah mieya :)

Cik Itah said...

salam. alhamdulillah rezeki...tahniah mieya :))

YatieOwner said...

Syukur alhamdulillah, rezeki :-)
Mia, PG jemput join segmen first blog baru PG ya :-)

http://mrsyatie.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

Tq mia :-)

adam said...

Alhamdulillah rezeki dan tahniah.