Penilaian Penempatan Iklan Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)

Terkejut pulak pagi tadi, tetiba sahaja dapat email daripada pihak Nuffnang. Ingatkan nak bagi awards atau mungkin invitation ke apa. Amboi, hebat betul imaginasi di hujung minggu!

Rupa-rupanya sebab nak beritahu keputusan penilaian unit iklan yang telah mereka jalankan. Di mana lokasi penempatan unit iklan Large Rectangle LR adalah tidak memuaskan di blog Mieya Atiera. Katanya iklan Nuffnang perlu diletakkan sama ada di lipatan kedua atau ketiga sahaja.


Mesti ada di kalangan korang yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan "Lipatan" (fold)? Di manakah terletak "Lipatan"? Adakah "Lipatan" itu penting?

Contoh bahagian surat khabar Metro Ahad yang dilipat separuh
Terma "Lipatan (fold)" berasal daripada surat khabar di mana "Lipatan" merujuk kepada bahagian surat khabar yang dilipat separuh. Berita yang "Atas Lipatan(above-the-fold)" merupakan kandungan akhbar yang pertama akan dilihat oleh pengguna, dan biasanya ia merupakan satu-satu berita yang pengguna dapat lihat sebelum membelinya. 

Jadi secara ringkas, definisi "Atas Lipatan" pada laman web online merujuk kepada kawasan apabila halaman sesebuah web dipaparkan tanpa skrol ke tepi atau ke bawah. Kandungan (cerita & iklan) yang terletak di “Atas Lipatan” lebih cenderung untuk dilihat pelawat sekaligus menarik perhatian mereka.

Masih tidak tahu di manakah "Atas Lipatan" laman anda? Anda boleh merujuk kepada laman tersebut. (http://as-abovethefold.appspot.com/)


Praktik terbaik untuk setiap unit iklan adalah seperti yang berikut (atau boleh refer pada gambar di atas) :
  1. Lokasi Leaderboard(LB) : letak "Atas Lipatan".
  2. Lokasi Skyscraper(SS) : diletak tidak lebih daripada Lipatan kedua.
  3. Lokasi Large Rectangular(LR) : diletakkan di
    1. Tengah, tidak lebih daripada lipatan ketiga, atau tidak lebih daripada 60% ketinggian halaman. ATAU
    2. Jika unit iklan tidak terletak di tengah, maka lokasi LR tidah seharusnya lebih daripada Lipatan kedua (ikut num 2).
Jadi sekarang, Mieya dah faham kenapa lokasi Large Rectangle di blog Mieya tidak memuaskan. Rupa-rupanya sebab kandungan halaman blog Mieya melebihi 60% ketinggian halaman.

Hmm, no wonder lah iklan dah jarang menempek masuk ke blog Mieya. Maybe sebab lambakan gambar besar gedabak tu rasanya. Okey, takpe. Lepas ni Mieya akan cuba menyeimbangkan antara kandungan halaman blog Mieya baik dari segi olahan cerita dan juga gambar. atau mungkin kena kecilkan sedikit pixels gambar di blog ni.

P/S : Sedikit perkongsian ilmu buat rakan-rakan semua. Harap lepas ni kita boleh sama-sama memperbaiki kualiti blog masing-masing demi kemudahan pengunjung kita di masa depan.

2 comments:

Fatihah Azanan said...

Ouh ic.
Xpe, try la ubah. Biasala benda macam ni memang cerewet, sabo je la kan :)

YatieOwner said...

Hi mia :-)
Lamanya PG tak mai sini :-) ok, thanks sharing this mia. Tp, PG tak fahamlah mia, maksud 60 melebihi halaman tu. Mcm mana erk? Agak2, Blog PG ok tak mia nampak? Hurm....