Apa itu Fenomena El Nino?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Rakyat Malaysia khususnya di negeri Selangor baru sahaja boleh 'bernafas' sekejap dan lega apabila catuan air telah ditamatkan pada bulan Mei yang lepas. Namun begitu, kita semua mungkin dikejutkan pula dengan fenomena El Nino yang dijangkakan berterusan selama enam bulan atau lebih.

Apa itu El Nino?

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.
Menurut Wikipedia, kebiasaannya lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur – sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina.

Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat atau sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.



Memang kita kena sentiasa berjaga-jaga dengan fenomena ini. Sebabnya ia turut memberi kesan kepada kesihatan badan, aktiviti luar dan pertanian. Antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah :

  • Memastikan simpanan air mencukupi
  • Jimatkan penggunaan air dan gunakannya secara berhemah
  • Jaga kesihatan tubuh badan dan minum air yang mencukupi
  • Rancang dan rangka aktiviti luar dengan sebaiknya
  • Lindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes dengan menggunakan repelan atau memakai pakaian berlengan panjang atau seluar panjang
  • Elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka

Untuk pengetahuan, Malaysia pernah mengalami fenomena El Nino pada tahun 1998. Suhu tertinggi ketika berlakunya El Nino ialah sebanyak 40.1 darjah Celsius. Bacaan suhu ini direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis. Fuhhh, setakat ini suhu yang paling tinggi pernah Mieya rasa pon antara 30C hinga 35C, cubalah bayangkan kalau suhu setinggi 40C tu.


Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung fenomena El Nino diminta menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1MET atau melayari laman web www@mosti.gov.my dan www@met.gov.my.


Actually, sekarang ni pon Mieya dah mula rasa bahang kepanasannya terutamanya masa tidur di waktu malam. Serius sangat-sangat tak selesa berpeluh-peluh masa tidur walhal dah pasang 4 buah kipas sekaligus. Dua kipas dinding, dua lagi kipas duduk. Di samping tidur pon jadi kurang lena dek kerana sering terjaga.

Korang pula bagaimana ?


2 comments:

huzaini said...

Memang tengah panas sekarang ni..

Mar Mansor said...

nice sharing