Ranking Blog Mieyaatiera.com #1 | Kesan Tukar Domain

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini genap dua minggu Mieya bertukar kepada domain mieyaatiera.com .. Banyak jugak lah kesan yang dialami setelah menggunakan domain baru ni. Maklum lah, hampir empat tahun Mieya berusaha menaikkan blog ni dengan blogspot. Jadi pembelian domain baru ini menyebabkan semua usaha tersebut hilang dalam sekelip mata.


Antara yang paling terkesan sekali dalam hati sanubari daku ini ialah :


Alexa Rank
Penukaran domain akan memberi impak kepada alexa rank. Alexa rank akan kembali ke asal ataupun N/A (not available) kerana blog itu di anggap baru. Jadi segala data semuanya akan hilang.
Tapi janganlah  risau mengenai alexa rank ni, kerana alexa rank selalu ada kemaskini baru. Jadi hanya perlu tunggu dan lihat saja. Macam blog Mieya, Alexa Rank setelah 14 hari berdomain baru ialah 12630.



Nampak tinggi kan? Masih terlalu jauh nak dapatkan ranking bawah 3000. Kena ambil masa untuk belajar dan berguru dengan master-master SEO lepas ni. Aktiviti lama yang semain jarang dapat Mieya lakukan.



Page Rank
Penukaran domain menyebabkan Pagerank kembali ke angka kosong atau N/A (Not Available). Kebanyakan blogger berasa berat hati untuk berpindah ke domain selalu berpunca daripada nilai pagerank. 

Mungkin sesetengah blogger sudah mempunyai nilai pagerank tinggi lalu rasa berat hati untuk tukar domain yang baru. Sama juga lah dengan Mieya. Kalau dulu sebelum blog berdomain dah pun mencapai pagerank 2. Tapi bila dah tukar domain ni. Kembali kepada 0. Tu la yang dialami bila bertukar domain.


Antara sebabnya PageRank update oleh Google mengambil satu masa yang lama. Jadi kita kenalah maintain kan blog kita. So, that bila Google PR ni update. Blog kita akan terserlah. Bukan senang nak dapat PR tinggi tau. Bila dah dapat PR yang tinggi, blog kita makin senang la mesra dengan SEO. 


Apa pun, setiap orang ada matlamat tersendiri untuk apa menulis blog, Tujuan dia mungkin tak sama dengan tujuan kita jadi – keutamaan masing-masing tak sama. Manakala, ranking ini hanyalah satu bentuk pencapaian peribadi yang juga akan dipandang berbeza dari sudut apa kita menilainya.


1 comments:

Cik Itah said...

salam. terpaksa bermula dari bawah lagi la tu kan mieya..tapi takpa kut sebab blog mieya ni agak femes jugak heheh