Bahaya Contact Lens Murah !

Assalamualaikum wbt dan salam pagi buta :)

Ada sesiapa yang menonton Buletin Utama edisi hari Sabtu, 22 September 2012 pada jam 8.00 malam tadi tak? Di mana isu mengenai Bahaya Penggunaan Contact Lens/Kanta Sesentuh murah telah diutarakan.

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan dari luar negara sana. Dan antara yang paling cepat menular ialah di negara Korea dan Jepun. Di mana, kebanyakan daripada artisnya gemar berekspresi dengan warna mata yang berbeza-beza.


Oleh sebab, wabak demam k-pop dah lama menular di negara kita dengan kumpulan muzik yang pelbagai genre muzik, drama cinta bersiri yang romantik, mahupun style yang bermacam-macam. 

Sehingga membuatkan anak-anak muda sekarang nie dah ramai yang angau atau dalam erti kata ingin kelihatan seperti artis-artis k-pop pujaan mereka. Jadi, tidak mustahil jika mereka sanggup berhabisan wang untuk kelihatan lebih stylo, up-to-date.

Dan salah satu daripada list barangan wajib beli ialah contact lens. Mungkin sebab tertarik dengan warna dan coraknya yang cantik-cantik disamping ada yang dijual dengan harga yang murah.

Tapi tahukah kalian, bukan semua contact lens adalah baik untuk mata? Terdapat sesetengah daripadanya yang mendatangkan kesan mudarat kepada si pemakai seperti mata membengkak, penglihatan bertambah kabur (rabun) dan yang paling parah, boleh menyebabkan buta.

Okey, rasanya... Sebelum nie pon dah ada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita mengenai implikasi negatif yang terdapat pada contact lens murah disamping boleh mendatangkan kesan tidak elok pada si pemakainya nie.

Lagipun, di dalam agama Islam juga ada menerangkan mengenai Hukum Memakai Kanta Lekap/Contact Lens. Di mana hukumnya adalah HARUS asalkan tidak mendatangkan mudarat.

P/s : Memakai kanta lekap ini memerlukan penjagaan dan kebersihan yang elok jika tidak dijaga mungkin memang banyak implikasi yang akan kita hadapi. Kebersihan itu yang utamanya dan jika memakai kanta lekap ini pastikan tidak melebihi 8 jam. Sediakanlah spray untuk kanta lekap jika melebihi 8 jam agar mata kita sentiasa segar dan tidak keletihan.


21 comments:

nursuriani said...

hadoiiiiiiiiii memang tak pakai ler benda2 macam neh. ada kawan2 tuh sengaja pakai konon nak nampak lawa! tapi jap lagi mata sakitlaaa mata berair laaa huhuhu. takut!!!

Arina Shamsul said...

NICE SHARING DEAR :)

tapi,Saya tak pakai contact lens sebab jika benda itu dipakai semata2 untuk cantik dipandang ramai hukumnya adalah HARAM ;).

dan HARUS bila dipakai untuk memudahkan diri dan kesihatan :).

Everything's Everythings said...

bahaya juga kan?
tak pernah pun terasa nk pakai contact lense.. nk pakai eye mo pun pk dua tiga kali xD

teratai said...

Jgn kerana nak cantik...nnti jadi buta! Ciptaan Allah paling cantik kenapa nak ubah2...padah jadinya!

Reena Sidek said...

tak pernah pakai contect lens...

9n0L4 said...

heran btl kan, nape la ade org sibuk nak pakai contek lens ni. ;)

dya nasir said...

dya mmg xpakai contact lens..takut nk pakai..elok mata sihat terus jd sakit

ainul.zmrs said...

berita ckp ap? tak tgkla berita hrtu hehe

dia ckp pasal bahan dalm contact lens ke atau pemakai tk jaga dgn betul cntct lens dia yg memudaratkan mata?

Unknown said...

@Sue PeLik Sama lah kita..

Unknown said...

@Arina Shamsul Yes, thats true !

Unknown said...

@Everything's Everythings Haha. tau takpe. Nak pakai eye-mo pon mata pejam celik, inikan pula nak pakai contact lens.

Unknown said...

@teratai Yup. Masing-masing dah dikurniakan mata yang sihat. Kenapa perlu dirosakkan

Unknown said...

@Masz Sidek Sama la dengan Mieya ! :)

Unknown said...

@9n0L4 Nak nampak cantik, lain drpd yang lain. Tak pun nak kejar gelaran hot di dunia.

Unknown said...

@dya bunga Mieya pon sama. Lebih prefer pakai cermin mata. Biarlah orang kata tak up-to-date, budak nerd ke. Yang penting kesihatan mata tu.

Unknown said...

@♥nurul♥ Dia cakap pasal bahaya dan kesan pemakaian contact lens murah/tiruan nie.

Nurfara Hani said...

seumur hidup tak pernah pakai lagi lens. takut..

Unknown said...

@Nurfara Hani Same goes here with me.

juanz said...

takutlah nk pakai....

noraerniekaernieka said...

Nk cube pkai tp dah ckp mcm tu...tak jd ar

Unknown said...

@noraerniekaernieka Bahaya pon ada. Seeloknya, kalau nak juga pakai contact lens. Buat kat kedai yang diktiraf :)