Jangan mudah percaya cakap-cakap orang

Assalamualaikum wbt and hello everyone

Sungguh-sungguh Mieya paksa kepala hotak mengerah idea untuk menaip entri kali nie. Dari pagi semalam sehinggalah ke saat ini, dan akhirnya terhasil lah entri kali nie.

Berbekalkan lep lep berwarna merah sebagai penyeri di awal pendahuluan. Dah menggelupur tak ketahuan hala nak terus taip isi-isi penting. Aci tak? Aci tak?

Korang pernah tak terfikir,

Kenapa sesetengah orang mudah percaya pada sesuatu perkara dari mulut orang lain  sedangkan dia sendiri tiada bukti yang menunjukkan kesahihan terhadap perkara yang ingin disampaikan.

kira macam radio bergerak cenggitu -,-"

Entri kali nie, tak ditujukan pada sesiapa. tapi, Mieya 'salut' dengan golongan nie sebab mahu ambil tahu tentang masalah orang sekeliling. Even orang tu pada hakikatnya, tak terlibat pon dengan masalah yang orang lain pakat cerita.

Tapi nak buat macam mana, sepanjang hayat kita di dunia, kita tidak boleh lari daripada mendengar 'cakap-cakap' orang. Tak kira lah sama ada cakap-cakap yang mempunyai unsur-unsur umpatancacianhasutan sehinggalah membawa kepada fitnah liar

Lagipun, mulut orang tak boleh ditutup, makin ditutup makin menjadi-jadi pulak.


Walau bagaimanapun, pepatah Melayu ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa begitu? Memang benar, jika sekiranya kita tersalah cakap, silap-silap dunia boleh jadi kacau-bilau.

Setiap sesuatu yang kita dengar tidak semestinya betul dan benar. Sebab itulah Allah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak. Emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kecelaruan pemikiran. 

Oleh itu, jangan sesekali kita mendahulukan sikap emosional kita kerana sikap tersebut boleh mengundang padah kepada diri-sendiri. Sikap rasional lebih baik berbanding sikap emosional. 

Setiap 'cakap-cakap orang' perlu dipersoalkan dan diselidiki dengan teliti supaya kita dijauhi daripada unsur-unsur yang tak baik. Misalnya, kalau tak kenal seseorang itu, tak tahu apa-apa yang berlaku mahupun tiada bukti yang sahih mengenai sesuatu perkara tu, lebih baik diam-diam je.

Sememangnya, manusia nie pandai bermadah pujangga, bijak memutar belitkan cerita. Dan bila tibanya gilirannya sendiri, pernah tak dia berfikir bahawa kini dia juga mengulangi kesilapan yang serupa. Cuma yang membezakannya ialah dia menjadi mangsa kepada pemangsa.

Ingat, 

Fikir-fikirkan dan renungkan sedalamnya.


34 comments:

Hidayatul afzam said...

nice entry! :)

Everything's Everythings said...

Betul tu ^^
Bila nak menilai sesuatu jgn menilai gunakan perasaan ;D
Kalau tak tahu ckp je tak tahu kan? daripada kita membuat fitnah..

Unknown said...

herm sungguh setuju

kite jdi mangsa y naya

Unknown said...

hmm betul2 .

Rohani Hashim said...

btol, kita semua tak perfect...

Lelaki said...

pekak kan sahaja teliga...:)

.::: Princess MOMOY :::. said...

itu la cermin diri sendiri dahulu =)

faiq said...

berbaur politik ni..hehe

Unknown said...

haaa marilah merendah diri yet gagah dan tabah dan jjujr dlm hidup

Nisha said...

jom join

http://everlasting-frend.blogspot.com/2012/09/segmen-idola-kegemaran.html

nursuriani said...

betul tuh! jangan mudah snagat percaya cakap orang.

Unknown said...

@pr!ncEsS1405 Thank you :)

Unknown said...

@Everything's Everythings Yup, fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

Unknown said...

@Iffah Afeefah Tau takpe,

Unknown said...

@Rohani Hashim Masing-masing pasti akan melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil

Unknown said...

@LelakiSemalam yup, setuju

Unknown said...

@.::: Princess MOMOY :::. Jangan nak suka-suka je fitnah orang, annti sendiri yang terkena baru tahu bagaimana sakitnya hati

Unknown said...

@faiq Eh, mana ada? Entri ini sekadar perkongsian, takde tujuan pon nak burukkan sesiapa. Harap maklum

Unknown said...

@zila manaf Yup, betul tu.

Unknown said...

@Sue PeLik Lagipun bukan semua cakap orang ie boleh di terima pakai

nur anis said...

kalau jenis orang yang bijak menghasut, memang boleh buat orang percaya...-___-"

Reena Sidek said...

mulut manusia ni memang susah nak tutup... tempayan lagi senang nak tutupkan...

ayut said...

just believe urself..jgn bt bnda slh dr yg sptt yer..then klu mulut org nk ckp jugak dgr jela..yg pntg kita tahu apa kita bt k :)

Miss N™ said...

setuju, tak semua org sempurna..
abaikan je mereka yg suka berkata2 ni mieya.. selalunya org mcm ni, xtahu apa yg terjadi pada diri sendiri.. almaklumlah dah anggap diri sendiri sempurna.. tapi kalau kena btg hidung sendiri.. baru diorg tahu..!

Unknown said...

@nur anis Tapi itulah. Kalau dah terkena batang hidung sendiri barulah sedar mengenai segala-galanya.

Unknown said...

@Masz Sidek Yup, betul tu.

Unknown said...

@ayut Yup, tapi kalau keadaan bertambah haru, memang wajar jika kita bersuara.

Unknown said...

@Cik Nur Yup, betul tu Cik Nur.

Cikrosecute said...

Yup....sis sokong apa yg di tulis oleh mieya...

Unknown said...

@Che Rosliza Che mat Terima kasih :)

Nurfara Hani said...

betul tu.. setuju sangat dengan entry ni

Unknown said...

@Nurfara Hani Thank you for your support :)

Anonymous said...

Do you mind if Ι quote a couрlе of уouг poѕts as long aѕ
I providе creԁіt and souгcеѕ baсk to youг website?
Мy blog іs in the νery sаme aгea of
intеrest аs уοurs anԁ my userѕ would certainly benеfіt from а lot of the information yοu provide herе.
Pleаse lеt me κnow if this ok wіth you.

Cheers!
My web site - myrelationshipbuddy.com

Anonymous said...

I ԁo considеr all οf the ideas yοu've introduced to your post. They're
really convincing and cаn definitely work. Ѕtill, the
posts are very quick for bеginnегs.
May you plеasе lengthen them a bit from subsеquеnt time?
Thаnk you for the post.
my web site: how to get an ex boyfriend back squidoo 2