Bulan suram bagi Blog Mieya di awal bulan September nie. Jumlah pelawat semakin berkurang dan bertambah seperti naik turun tangga gayanya. Mungkin kerana, kebanyakan pembaca blog Mieya majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting. Maka, purata mereka yang online adalah 20% dan selebihnya adalah mereka yang bekerjaya.
Tapi, takpe. Sebab orang kata, bukan semua follower kita adalah pembaca setia di sesebuah blog. Jadi, usaha yang berterusan itu penting dalam mendapatkan trafik yang lebih. Blogwalking, blogwalking dan beramah mesra itu penting.
Lihat sahajalah trafik di blog Mieya. Kalau selalunya, boleh mencapai 150 atau lebih pelawat sehari, tapi kini hanya bertahan setakat 100 pelawat sahaja. Alasannya, mungkin post yang kurang menarik pembaca untuk datang membaca. Tapi, takpe, Mieya akan cuba memperbaikinya di kemudian hari. Insyaallah.
Walaubagaimanapun, blog Mieya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak Nuffnang dengan memberikan blog ini Buffered earning yang baru (Iklan CPUV). Di manaiklan kali ini datangnya dari Karnival My3L Lifelong Learning. Thanks Nuffnang.
rupa iklan BE nie ^^ |
Kebelakangan ni, Mieya menjadi semakin positif. Semakin bersyukur dengan setiap yang Mieya miliki dan setiap yang berlaku. Syukur Alhamdulillah kerana semangat yang baik terus bersama Mieya. Bagi Mieya, duit bukan segalanya dalam blog tetapi keseronokan berblog.
12 comments:
Eh kira boleh tahan byk juga lah tu ;D
betul tuh! duit bukan segalanyaaa yang penting keseronakkan berblogging!! :)
alhamdulillah... rezeki tetap masuk...
Wahh..tahniah..! dapat BE..
nak jugak..hihihih
@Che Rosliza Che mat Thanks :)
@Everything's Everythings Jadilah daripada takde langsung.
@Sue PeLik Yes. Duit boleh dicari, tapi bab ke seronokan tu.. err.. susah sikit
@Masz Sidek Ya, alhamdulillah.
@Cik Nur Alahai. Cik Nur pon masyuk jugak kot?
Tahniah...boleh la ajar akak skali...nak gak merasa dapat duit...hehehhe
@Syikim Kim Insyaallah, sebelum hujung tahun nie Mieya bongkarkan rahsia macam mana nak dapat BE. Nantikan je.
check out www.nufftag.com
Post a Comment