Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua :)
Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki, walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut, betul tak?
Baiklah, kali ini Mieya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang. Memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Hal ini demikian kerana, kasut berubah mengikut fesyen dan masa.
Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki, walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut, betul tak?
Baiklah, kali ini Mieya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang. Memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Hal ini demikian kerana, kasut berubah mengikut fesyen dan masa.
Pelbagai rekaan terbaru muncul di pasaran yang tentunya akan menjadi pilihan sesiapa sahaja yang berkenan dengan fesyen tersebut.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah kita mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
- Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
- Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
- Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
- Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
- Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
- Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
- Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
- Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
- Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam memilih kasut yang sesuai dengan diri korang.
Selamat mencuba dan salam bertemu lagi :)
12 comments:
terima kaseh!! dengan tips tuh, :)
suka pakai sandal jek...sesuai dengan status sebagai ibu...khik3
kaki aku besar kedabak..so nak carik kasut perempuan bersaiz budak laki memang la susah..haha
kaki dya saiz kecik..kdg2 bila berkenan dgn satu kasut tu msti habis..hahhaa
@Sue PeLik Sama2 kasih :)
@azievee Same like my mum :)
@Momo kesiannya.
@dyabunga Macam Mieya, saiz sedang2 je. So, takde lah susah sangat
Aku suka pakai kasut sneaker je xD
selesa pun selesa.. bergaya plak tu kdg2 hak2
Xplih dah. Men hantam ja. Haha (;
Btw,thax 4shring this tips ;p
@Everything's Everythings Hahah. mieya tak minat
@deqjamucuxx Sama lah. kadang2 kasut kat pasar tu pon boleh bawa g jalan2 ke mana-mana
Post a Comment