Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

5 Cara Buat Duit dengan Facebook Page

Umumnya kini, social media bukan lagi sekadar ruangan untuk bersosial, berkomunikasi serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia sahaja.
Ia juga boleh jadi sebagai salah satu lubuk emas untuk menghasilkan pendapatan. Di Amerika Syarikat, laman sosial media khususnya Facebook memberi laluan kepada penggunanya untuk membina perniagaan.
Selain daripada menjual produk fizikal seperti pakaian, makanan dan sebagainya, terdapat banyak lagi alternatif yang boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan baru.

Berikut adalah pendapat pakar pemasaran Facebook iaitu Mari Smith, mengenai strategi buat lebih banyak duit di laman sosial media khususnya Facebook:
#1 – Jualan Facebook Pages
Dalam kes ini, kita menyelesaikan masalah orang ramai untuk memiliki Facebook Pages yang sudah mempunyai jumlah ‘Likes’ yang tinggi. Mereka tidak perlu melaburkan masa, wang dan tenaga yang banyak untuk membina dari peringkat awal.
Biasanya harga jualan Facebook Pages boleh mencecah lebih RM1,000. Bergantung pada jumlah ‘Like’, kadar aktif di antara pengguna Facebook, dan hubungan dengan pemilik Facebook Pages.
Terdapat beberapa laman forum yang sentiasa mempunyai pelanggan yang mahu membeli Facebook Pages. Antaranya adalah:
  • Wicked Fire.
  • Warrior Forum.
  • Digital Point Forum.
Facebook Pages yang bernilai tinggi adalah Facebook Pages yang mempunyai tiga elemen seperti yang disebutkan sebelum ini. Justeru itu, jika kita mahu menjual dengan harga yang tinggi, maka tingkatkan kualiti Facebook Pages.
#2 – Jual Iklan Di Facebook Pages
Banyak perniagaan mencari alternatif untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Sekiranya kita mempunyai jumlah ‘Like’ yang banyak iaitu melebih 10,000, kita boleh menawarkan perkhidmatan pengiklanan.
Iklan boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti:
  • Pengiklanan berbentuk teks.
  • Pengiklanan berbentuk gambar.
  • Pengiklanan berbentuk video.
Cara untuk melakukannya adalah menghubungi syarikat yang berkaitan dengan niche Facebook Pages kita. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages tentang tip-tip masakan, kita boleh menghubungi syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, restoran dan sebagainya.
#3 – Jual Aplikasi Facebook
Facebook juga memberikan peluang kepada para pembangun aplikasi di seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran mereka, menerusi ruangan Facebook Apps. Pasaran ini bernilai USD ratus juta.
Rujukan pasaran Facebook Apps boleh didapati menerusi https://apps.facebook.com/marketplace/.
Buat duit dengan aplikasi Facebook boleh dibahagi kepada dua cara iaitu:
  • Jual iklan.
  • Naik taraf kepada servis premium daripada percuma.
#4 – Jual Produk Orang Lain (Dropship)
Atau lebih mesra disebut sebagai affiliate. Bermakna kita menjadi agen dan memperoleh komisyen apabila mempromosikan produk orang lain.
Di Malaysia, antara sumber untuk menjadi agen produk digital adalah Ashadee.com. Di mana kita boleh mempromosikan e-book terbitan Ashadee dan memperoleh komisyen yang lumayan setiap bulan.
Dengan menggunakan Facebook Pages, kita boleh mempromosikan pautan e-book ini kepada semua pengguna yang ‘Like’.
#5 – Jual Perkhidmatan dan Kepakaran
Facebook Pages adalah tempat yang sesuai untuk menjual servis. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages yang menawarkan tip-tip penulisan, kita juga boleh mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan menulis artikel untuk bisnes-bisnes kecil.
Menurut Dr. Azizan Osman, ramai pemilik bisnes yang inginkan penulis untuk membantu perniagaan mereka. Justeru itu, ini adalah satu pasaran yang luas dan lumayan.

Tips Memilih kasut

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua :)

Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki, walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut, betul tak? 

Baiklah, kali ini Mieya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang. Memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Hal ini demikian kerana, kasut berubah mengikut fesyen dan masa.
sd club egypt style sandals black Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online

Pelbagai rekaan terbaru muncul di pasaran yang tentunya akan menjadi pilihan sesiapa sahaja yang berkenan dengan fesyen tersebut.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah kita mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
  • Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
  • Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
zucca jeans wedges heels light blue Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online
  • Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
  • Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
zucca fucshia flats shoes pink Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online
  • Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
  • Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
  • Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
  • Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
  • Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam memilih kasut yang sesuai dengan diri korang.

Selamat mencuba dan salam bertemu lagi :)


Tips Ringkas : Jana Pendapatan melalui Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Bertemu lagi kita di hari yang sama dengan entri yang kedua untuk hari nie. Wah, kemain lagi Mieya nie dari pagi tadi sampai ke petang, menghupdate mengenai Nuffnang ye? hikhik, Takpe. Ini semua sebagai perkongsian kita bersama jugak.

Nampaknya, ramai juga yang memberikan respons pada entri pagi tadi di mana Mieya telah mendapat Buffered Earning yang keempat untuk bulan Jun nie. Dan ternyata, ada yang masih tak tahu apakah itu Nuffnang nie?

Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan untuk blogger sekalian selain advertlets, heartbeat dan lain-lain. Di mana para blogger boleh menjana pendapatan sampingan (duit poket) sambil berblogging.

Kiranya macam Churpchurp jugak. Tapi bezanya, Churpchurp boleh dikongsikan melalui medium lain seperti blog, tumblr, twitter, facebook manakala Nuffnang hanya tertumpu di blog sahaja.

Untuk mereka yang baru mengenali Nuffnang nie, korang boleh mendaftar mengikut tutorial DISINI. Dan selepas mendaftar, korang perlu meletakkan ketiga-tiga jenis iklan Nuffnang seperti yang ditunjukkan di tutorial INI.


Seterusnya, ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah :

  • Nombor Satu - Pastikan korang telah meletakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul
  • Nombor Dua - Isi borang kaji selidik ini dengan betul
  • Nombor Tiga - *PENTING ! Sila isi maklumat yang diperlukan dengan penuh berhemah macam mengisi borang temuduga untuk dapatkan kerja.

Dah siap? Okey, sekarang jom kita kenali apakah jenis-jenis iklan Nuffnang.


Apa itu BE / Buffered Earning?
BE ialah iklan yang berjalan di blog kita. Kiranya memang masyuk lah kalau korang dapat iklan nie. Bila tiap kali bloggers lain terjah blog kita then dorang klik iklan BE tu, makanya kita akan dapat duit lebih dari situ. Lagi banyak Unique Visitor lagi banyak lah boleh jana pendapatan.

Apa itu ME / Metered Earning?
ME adalah iklan BE yang dah habis berjalan di blog kita. Kiranya dah tamat tempoh pengiklanannya di blog kita. Then amaun dari iklan BE yang tamat tu akan di kreditkan ke ME.

Apa itu CPC / Campaign Per Click?
Campaign adalah iklan yang dikira bila iklan diklik oleh bloggers lain. So bila ada orang klik, baru dapat duit. Tapi AWAS ! Jangan main klik-klik iklan sendiri sebabnya salah di sisi T&C Nuffnang. Jika didapati bersalah, akaun Nuffnang korang boleh dibekukan atas kesalahan berkenaan.