Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara Hantar Tiket Kepada Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Kalau ada yang perasan, Mieya ada up satu entri tentang bagaimana nak dapat CPUV dari Nuffnang sebelum ini. Alhamdulillah. Rasanya, entri itu sangat berguna sebagai panduan kepada blogger yang baru belajar pasal Nuffnang ni. termasuklah diri Mieya sendiri.


Dan salah satu tips yang Mieya kongsikan ialah kena rajin hantar ticket pertanyaan kepada Nuffnang. Apa itu hantar tiket Nuffnang?

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang masih kurang arif pasal Nuffnang ni.. Hantar tiket tu lebih kurang macam kita lah kan.. Kalau nak contact someone untuk bertanya itu ini, kita mesti akan call, sms, whatsapp atau email. kan?

So, hantar tiket nie lebih kurang kita tanya soalan melalui email kepada Nuffnang tapi perantaranya ialah melalui tiket ini.



Tutorial blog cara hantar tiket Nuffnang

1. Log in akaun Nuffnang anda.
2. Scroll down Dashboard Nuffnang sampai bawah sekali.. and then, klik pada Contact us
:




3. Korang akan dibawa ke satu page macam ni. Korang tick pada Blogger Enquiries/Suggestions. Pastu klik next.

4. Kalau dah siap isi semua, anda klik lah pada Submit. Ia akan keluar segala content tiket yang korang hantar pada pihak nuffnang. Senang je kan.?



InsyaAllah paling cepat nuffnang akan respon, 1-2 hari. Tunggu sahaja dengan penuh kesabaran.


Tutorial : Cara Buat Gambar Gerak-Gerak

Assalamualaikum wbt :)

Kelmarin, ada rakan blogger yang bertanyakan Mieya tentang macam mana nak buat gambar bergerak-gerak tu? Okey.. gambar gerak-gerak tu disebut sebagai Animated GIF.. ye anak-anak.

Actually, Mieya buat dengan menggunakan Photoscape. Bagi sesiapa yang takde Photoscape, boleh lah download disini :)

Okey, Dah ada photoscape kan? Jadi, mari kita mulakan...


1. Buka Photoscape. And then, klik Editor.


2. Pilih gambar yang korang nak. And then, Edit gambar yang korang nak jadikan sebagai animated gif tu. Resize semua gambar dalam size yang sama.


3. Klik Animated GIF.

4. Klik Add. Dan pilih gambar yang korang edit tadi.


5. Lepas pilih gambar pertama, pilih gambar seterusnya. Pastikan gambar yang berbeza, sebab nanti tak nampak animated kalau pilih gambar yang sama. Ulangi step tadi. Drag gambar ke dalam.

6. Set time untuk gambar bergerak.

7. Dah siap? Save :)


Itu kalau gambar sama, tapi tulisan yang bergerak. Kalau gambar yang berbeza tanpa tulisan (biasanya orang buat printscreen), bagaimana pulak ye? 

Okey, step dia sama je.




Tips Ringkas : Jana Pendapatan melalui Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Bertemu lagi kita di hari yang sama dengan entri yang kedua untuk hari nie. Wah, kemain lagi Mieya nie dari pagi tadi sampai ke petang, menghupdate mengenai Nuffnang ye? hikhik, Takpe. Ini semua sebagai perkongsian kita bersama jugak.

Nampaknya, ramai juga yang memberikan respons pada entri pagi tadi di mana Mieya telah mendapat Buffered Earning yang keempat untuk bulan Jun nie. Dan ternyata, ada yang masih tak tahu apakah itu Nuffnang nie?

Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan untuk blogger sekalian selain advertlets, heartbeat dan lain-lain. Di mana para blogger boleh menjana pendapatan sampingan (duit poket) sambil berblogging.

Kiranya macam Churpchurp jugak. Tapi bezanya, Churpchurp boleh dikongsikan melalui medium lain seperti blog, tumblr, twitter, facebook manakala Nuffnang hanya tertumpu di blog sahaja.

Untuk mereka yang baru mengenali Nuffnang nie, korang boleh mendaftar mengikut tutorial DISINI. Dan selepas mendaftar, korang perlu meletakkan ketiga-tiga jenis iklan Nuffnang seperti yang ditunjukkan di tutorial INI.


Seterusnya, ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah :

  • Nombor Satu - Pastikan korang telah meletakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul
  • Nombor Dua - Isi borang kaji selidik ini dengan betul
  • Nombor Tiga - *PENTING ! Sila isi maklumat yang diperlukan dengan penuh berhemah macam mengisi borang temuduga untuk dapatkan kerja.

Dah siap? Okey, sekarang jom kita kenali apakah jenis-jenis iklan Nuffnang.


Apa itu BE / Buffered Earning?
BE ialah iklan yang berjalan di blog kita. Kiranya memang masyuk lah kalau korang dapat iklan nie. Bila tiap kali bloggers lain terjah blog kita then dorang klik iklan BE tu, makanya kita akan dapat duit lebih dari situ. Lagi banyak Unique Visitor lagi banyak lah boleh jana pendapatan.

Apa itu ME / Metered Earning?
ME adalah iklan BE yang dah habis berjalan di blog kita. Kiranya dah tamat tempoh pengiklanannya di blog kita. Then amaun dari iklan BE yang tamat tu akan di kreditkan ke ME.

Apa itu CPC / Campaign Per Click?
Campaign adalah iklan yang dikira bila iklan diklik oleh bloggers lain. So bila ada orang klik, baru dapat duit. Tapi AWAS ! Jangan main klik-klik iklan sendiri sebabnya salah di sisi T&C Nuffnang. Jika didapati bersalah, akaun Nuffnang korang boleh dibekukan atas kesalahan berkenaan. 


Cara Tunaikan Cek Churpchurp/Nuffnang

Mia : Nah, orang dapat surat nie tadi. (hulurkan surat kat abah Mieya)
Abah : Surat apa? (sambil membuka sampul surat, sambil membaca, sambil diam)
Mia : Ini haa. hasil yang orang dapat dengan online hari-hari tu.
Abah : Siapa bagi nie?
Mia : Ada lah. Gayanya lebih kurang macam syarikat pengiklanan. Orang cuma share link iklan tu, kalau seorang klik dapatlah 20 sen.
Abah : Bagus lah nie. Duduk saja pon dah boleh dapat duit.
Mia : hehe. Rezeki lah abah.

Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)

Ya, hari tu dah cerita dah kan mengenai cek yang pertama Mieya dapat daripada Churpchurp nie kan? Alhamdulillah. Petang semalam, Mieya baru sahaja tunjukkan dekat abah Mieya. Belum tunaikan pon lagi cek nie. Takde pengalaman lah awak.

Jadi, nak tak nak Mieya simpan dahulu, kepam celah ketiak buat sementara waktu. Nanti bila-bila masa sesak,  mala petaka nak shopping tapi duit tak cukup ke apa. Barulah Mieya akan tunaikan cek tersebut.

Dan sekarang, Mieya baru sahaja lepas buka laman google dan cari macam mana nak tunaikan cek itu. Betul lah, sekarang nie semuanya di hujung jari. Alhamdulillah dah jumpa.


Kalau korang pun macam Mieya yang otak masih suci pasal cek semua nie. Bolehlah search dekat google dengan keyword Cara Tunaikan Cek Nuffnang. Ada banyak pilihan, tapi korang bukalah satu-satu dan tengok mana-mana yang sesuai.

Tak pun, meh sini Mieya ajarkan. Cara-caranya :
1. Pisahkan cek daripada keratan surat tu.
2. Belek belakang cek, ada arahan suruh isikan maklumat seperti :

  • Nombor akaun bank (tanpa dash)
  • Nama
  • Nombor telefon

3. Isikan maklumat seperti yang diminta.
4. Pergi ke mana-mana bank yang korang ada akaunnya, (macam Mieya Bank BSN)
5. Ambil nombor giliran and then serahkan cek tadi pada pihak yang bertugas di kaunter. Nanti dorang akan tolong masukkan terus ke akaun korang.


So, kesimpulannya, Mieya tetap bersemangat seperti selalu untuk berkongsi link Churpchurp. Walaupun iklannya kejap ada kejap takde. Cisss, macam chipsmore betul lah.


Tutorial : Cara Letak Current Earning Churpchurp di blog

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ya kawan-kawan, bertemu lagi kita di entri tutorial pulak kali nie. Rasanya, ramai yang tahu bahawasanya kekerapan Mieya menaip entri berkaitan tutorial adalah jauh bezanya jika dibandingkan dengan entri berkaitan peribadi, berita dan informasi. kan?

Hal ini adalah kerana, terdapat lambakan blog mengenai tutorial di luar sana yang menarik dan korang hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Sebab tu blog Mieya nie jarang ada tutorial.

Cuma kalau ada yang request, baru lah Mieya akan cuba dengan sedaya upaya menyiapkan tutorial berkenaan mengikut langkah demi langkah. Macam kat bawah nie haa
Macam mana nak letak jumlah pendapatan terkini Churpchurp macam Mieya punya tu ye? Okey, okey. Sila teruskan pembacaan untuk mempelajari cara-caranya :

1. Buka laman web Churpchurp dan terus ke settings.

2. Tekan button Prt Sc kat keyboard. and then nak paste kat mana Mieya? Kejap.

3. Buka Paint atau Photoscape. Tekan Ctrl + V untuk tampal. lepas tu, korang crop lah mengikut kesukaan hati.

4. Dah siap? Sekarang pergi ke dashboard blog, tekan New Post, tekan Insert image dan masukkan gambar tadi.


5. Macam mana nak ambik kod? Tekan Edit HTML dan Copy (Ctrl + C) kod gambar.

6. Dashboard > Design > Edit Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript

And then, masukkkan kod ini


<center><img src="masukkan kod gambar earning" width="180" height="100" /></a></center>

P/S : Sorry, Mieya tahu tak boleh nak copy kan? Apa kata kalau korang rujuk tutorial di SINI. Thanks. 


warna merah = kod gambar yang korang copy tadi
warna ungu = adjust ikut kesesuaian

Tutorial : Cara Link kan Url Gambar Di Entri

Assalamualaikum dan selamat petang yang redup kawan-kawan sekalian :)

Okey, nampak title di atas yang panjang lagi berjela-jela tu? *angguk kepala* Dah jelas kan yang petang nie Mieya nak buat tutorial ringkas khas untuk blogger sekalian, terutamanya para newbie lah. Memandangkan ada yang tak tahu atau buntu, macam mana nak link kan url di gambar/banner.

Mungkin ada di kalangan kalian yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, ayuh kita mulakan tutorial ini.

1. Dashboard > New Post > taip entri seperti biasa
2. tengok gambar untuk langkah yang berikutnya.


Lepas korang klik Insert Image, ikut langkah dibawah nie pulak.

Macam mana nak copy link url gambar? Okey, pilih dulu gambar yang korang nak, then tekan right click. Nanti akan keluar popup, korang klik dekat Copy Image URL.

Kalau korang join segmen ke, giveaway ke atau kontest, pihak penganjur akan suruh korang link kan banner ke blog mereka kan? Nahhh, mudah je caranya, tengok gambar dibawah :)


Langkah terakhir, tekan je OK and then entri korang sedia untuk diPUBLISH. Sekian sahaja tutorial yang panjang berjela dari Mieya. Harap dapat membantu korang semua :)

Tutorial Cara Kongsi kan Link Churpchurp

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Nampak je tajuk entri kali nie mengenai Churpchurp, sudah pasti ramai yang dah tahu. Tapi, ada jugak segelintir daripada mereka yang tidak tahu terutamanya bagi blogger baru. Jadi,

Apa itu Churpchurp

ChurpChurp merupakan adik-beradik Nuffnang juga. Nuffnang lebih kepada blog untuk pengiklanan. Tetapi ChurpChurp pula menggunakan laman facebook/Twitter sebagai tempat yang terbaik dan paling berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk selain menggunakan blog!


Bukannya apa, Mieya buat tutorial nie sebab Mieya tahu ramai di kalangan korang yang masih tak tahu cara-cara menjana pendapatan dengan Churpchurp nie. Dan mana mungkin, Mieya bersenang-lenang mengaut keuntungan per klik hasil sumbangan korang. Ohh, itu sungguh tidak adil buat mereka.

Jadi, mari kita mulakan! Firstly, bagi mereka yang belum mendaftar Churpchurp sila berbuat demikian di SINI. Dan bagi yang lain, korang kena sambungkan dulu akaun Churpchurp dengan kedua-dua akaun Facebook dan juga Twitter korang diSINI.

Lepas tu, korang terjah ke BELOG INI (blog tutorial Mieya dengan si demokkuntuk mempelajari cara-cara berkongsi iklan di laman sosial yang seterusnya. Ikut step by step okey?

Itu antara cara nak kongsikan link iklan di Facebook dan jugak di twitter. Kalau sorang klik link iklan tu, korang dapat RM0.20. Kalau 100? Cuba kira sama ada lumayan ke tidak. Kira macam menabung lah rupanya.

Jadi, antara rahsia untuk meningkatkan pendapatan Churpchurp korang ialah korang kena promote berhabis-habisan link sesuatu iklan itu, kalau ada rezeki dapatlah korang menjana pendapatan.

Mudah kan? Korang boleh post dekat Facebook, Twitter, dalam Blog  dan segala macam laman sosial yang korang ada ! 

 SELAMAT MENCUBA ye KAWAN-KAWAN! DAFTAR SINI tau kalau belum daftar :)


tutorial comment pop-up window

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi bloggers.. ehh, ada pulak budak shumort nie hari nie? tak pergi sekolah ke celebrate for Teachers day? Actually kan, semalam selepas selesai sahaja mengepos entry nie , Mieya menunggu kepulangan abang tersayang untuk menemankan Mieya memilih hadiah buat cikgu tersayang..

tetapi, dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam Mieya menunggu.. Beliau tidak juga pulang-pulang. huh, dasar punya abang kalau dah jumpa dengan kawan-kawan memang langsung takkan ingat jalan pulang ke rumah dah. Mieya teruskan usaha untuk menunggu sehingga ke waktu malam pulak and then, guess what? Mieya ketiduran sudah.. Maybe sebab kepenatan yang teramat sangat. So, that's mean tiada hadiah lah kan? Oh my god ! What to do now, just ask for the 'cuti rehat' from my beloved mother lahh. Yes,  I got it !


Back to the title post above okay. Actually, sudah agak lama kan belog Mieya nie tidak dipenuhi dengan tutorial ? Almaklum lah, tahap kemalasan yang menebal dalam diri yang tidak dapat dielakkan menyebabkan entry tersebut terbiar sendirian. Tutorial nie di request oleh cik anon daripada kotak formspring Mieya.

STEP 1 
Log in blogger dashboard => settings => comments


STEP 2
Scroll down sehingga tertera tulisan  "Comment Form Placement"  dan tick pada Pop-up window


STEP 3
Scroll down lagi sehingga tertera tulisan "Show word verification for comments?"  dan tandakan NO.


STEP 4
Sudah siap, tekan SAVE SETTINGS



Kelebihan menggunakan kotak comments pop-up nie ialah lebih user friendly. Pembaca hanya perlu tekan pada butang komen dan satu kotak kecil akan keluar berasingan dengan entry yang sedang dorang baca. Pembaca bukan sahaja dapat memberikan komen dengan mudah, malah mereka juga msdih boleh membaca entry tersebut dalam pada masa yang sama.


SELAMAT MENCUBA ye kawan-kawan !