Ya kawan-kawan, bertemu lagi kita di entri tutorial pulak kali nie. Rasanya, ramai yang tahu bahawasanya kekerapan Mieya menaip entri berkaitan tutorial adalah jauh bezanya jika dibandingkan dengan entri berkaitan peribadi, berita dan informasi. kan?
Hal ini adalah kerana, terdapat lambakan blog mengenai tutorial di luar sana yang menarik dan korang hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Sebab tu blog Mieya nie jarang ada tutorial.
Cuma kalau ada yang request, baru lah Mieya akan cuba dengan sedaya upaya menyiapkan tutorial berkenaan mengikut langkah demi langkah. Macam kat bawah nie haa
Macam mana nak letak jumlah pendapatan terkini Churpchurp macam Mieya punya tu ye? Okey, okey. Sila teruskan pembacaan untuk mempelajari cara-caranya :
1. Buka laman web Churpchurp dan terus ke settings.
2. Tekan button Prt Sc kat keyboard. and then nak paste kat mana Mieya? Kejap.
3. Buka Paint atau Photoscape. Tekan Ctrl + V untuk tampal. lepas tu, korang crop lah mengikut kesukaan hati.
4. Dah siap? Sekarang pergi ke dashboard blog, tekan New Post, tekan Insert image dan masukkan gambar tadi.
5. Macam mana nak ambik kod? Tekan Edit HTML dan Copy (Ctrl + C) kod gambar.
6. Dashboard > Design > Edit Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript
And then, masukkkan kod ini
<center><img src="masukkan kod gambar earning" width="180" height="100" /></a></center>
P/S : Sorry, Mieya tahu tak boleh nak copy kan? Apa kata kalau korang rujuk tutorial di SINI. Thanks.
warna merah = kod gambar yang korang copy tadi
warna ungu = adjust ikut kesesuaian
5 comments:
nice one. time kasih cikgu.
Dah lama nak daftar churp² tapi nak tunggu ada akun twitter dulu.. ;D
info yang menarik.. :)
@saya_ariefHaha, sama-sama :)
@YOUsoF Kat facebook pon boleh daftar lah.
Post a Comment