Hari nie sangat-sangat tak ceria, ini semua gara-gara semalam. Katanya, pihak Astro akan menyiarkan majlis akad nikah pasangan Scha Al yahya dengan Awal Ashaari, atau hasil dari gabungan nama dorang ialah Schawal. Gabungan yang cukup unik.
Tapi, apa yang Mieya dapat lihat adalah sebaliknya. Dan maklumat mengenai dua pasangan sejoli ini sudah pon sah sebagai suami isteri, Mieya peroleh daripada laman twitter malam tadi. Huhu tak dapat tengok secara live pon takpe lah, janji tak terputus bekalan informasi daripada twitter.
Dengan hanya sekali lafaz sahaja, pelakon cantik, Sharifah Norazean atau Scha Al Yahya sah menjadi isteri kepada Awal Ashaari selepas dinikahkan oleh bapa Scha sendiri, Syed Mahadzir Syed Kecik.
Ia disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Pernikahan yang diadakan pukul 9.15 malam di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menyaksikan Scha memakai persalinan baju nikah berwarna putih menerima mas kahwin sebanyak RM2,050.
Majlis akad nikah yang sepatutnya disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Awani bagaimanapun tidak berlaku seperti mana yang dirancang.
Difahamkan terdapat masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan semasa majlis akad nikah dilangsungkan.
Apa-apa pun, tahniah buat pasangan pengantin baru nie yang sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.
Sumber : Mynewshub.my
5 comments:
tahniah awal scha..sweet jee tengok dorang..memang bagai pinang dibelah dua..semoga bahagia hingga akhirnya..^_^
selamat pengantin baru to both of them...bju scha cantik...
patut ramai yg marah asrto ria mlm tadi..xmenepati janji...rupanya..!
apa2pun, selamat pengantin baru buat shca dan awal..semoga berbahagia hingga akhir hayat.. :)
Amin..!
diorang sweet sangat X)
tahniah buat awal dan scha, dua dua sama cantik sama padan ;)
Post a Comment