Ada sesuatu yang membuatkan mood Mieya yang gembira kemain tetapi secara tiba-tiba berubah 90 darjah ke belakang. Iaitu terkejut bercampur sedih, kecewa lalu punah segala harapan. Nak tahu kenapa?
Tengok gambar kat atas nie pon dah tahu sebab apa kan? Ya kawan-kawan, Nuffnang lah yang menjadi penyebab kenapa semua ini harus berlaku kepada daku. wuwuwu, tegarnya kamu wahai Nuffnang yang ku puja-puja selalu. T.T
Mesti ada di kalangan kalian yang terpinga-pinga, tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku. kan? Okey, biar Mieya ceritakan dengan lebih terperinci. Macam ini ceritanya,
Sepanjang minggu lepas, Mieya tengok kemain ramai lagi yang update entri berbaur kegembiraan dek kerana mendapat durian runtuh dari pihak Nuffnang. Dan ada di kalangan dorang juga yang mendapat 3 Buffered Earning sekaligus menimbulkan tanda tanya yang tinggi kepada Mieya.
Kenapa blog Mieya tak dapat BE seperti selalu? Takkan lah takde satu pon yang ada kena-mengena dengan Mieya. Selalunya ada aje, sekurang-kurangnya satu BE melekat di teratak blog Mieya nie. Tapi, mengapa kali ini tak? dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di kepala. Kenapa?
Maka, Mieya pon terfikir, mungkin ini semua ada kaitan dengan survey Nuffnang kot? Jadi, tanpa teragak-agak Mieya pon membuka Blog Manager dengan satu tujuan iaitu ingin mengemaskini survey setelah hampit dua minggu tidak diupdate.
Dan secara tiba-tiba, Mieya dikejutkan dengan survey kosong yang mana belum diisi lagi. Woahhh?! Macam mana hal sebegini boleh berlaku? Padahal baru seminggu yang lepas Mieya mengintai survey nie dan tiada sebarang kehilangan jiwa dan juga kepatahan hati pon yang berlaku.
Sentiasa lah kemaskini survey Nuffnang
bagi mengelakkan sebarang kehilangan . . .
Tapi yang peliknya, di bahagian Blogger Bio Mieya elok aje ada semua maklumat tu terisi dengan ayat yang lengkap, menarik dan tertarik lagi dabomb. Memang pelik bin ajaib bin hairan pon ada.
Patut lah, selama ini takde satu BE pon yang sudi bertandang, yang ada adalah earning dari Campaign Per Click tu je. Itupon takde lah banyak mana pon. Cukuplah kalau nak beli jajan 50 sen. hihi
P/s : Korang pernah mengalami pengalaman sebegini tak sepanjang menggunakan pengiklan dari Nuffnang nie? Cuba cerita sikit, nak tahu jugak nie :)
18 comments:
saya xdapat2 lagi BE... huhuhuh
oo..menda mcm ni pun boleh sangkut eh.. lepas ni nur nak chek lah.. :)
psst..nur pun jeles gak sikit bila rakan2 lain dapat lebih dari satu BE..hihi
wah ! baru eyqa tahu kenapa eyqa tak pernah dapat BE .
saye langsung tak reti guna. ade rm0.25 je.. dah sebulan gitu.. hehhe.
sabarlah mieya ...meh tengok sini meiya http://www.spudinpunya.com/2012/05/nuffnang-how-to-get-be-buffered-earning.html
SP follow meiya
hm.. saya agak selalu update tapi jarang benau nak dapat BE skg ni. blog tak popular..
yuppp rasanya bila update survey tu cik nuffnang nampak la sikit blog akak ... tapi ni dah lama x update, be pun macam dah bersawang, naik seringgit je sehari, macam kura2 jer,.. nanti le akak cuba update balik, kot2 naik mencanak kan..
hahahaa... saya pon jarang dapat BE...
Sekerang Tahun Melawat Blog Saya... Jom Jalan-Jalan
Congratulations. I'm not sure about this matter as I still receive BE when I didn't touch my survey for the past 3 years =.=
dah lama letak iklan nuff ni tp x penah dpt BE
@Cik Nur Ya cik Nur. Bahagian survey nuffnang nie memang penting. Kena jawab dengan betul dan terperinci.
@mumui Mesti ada yg tak cukup lagi kot dgn blog wak tu.
@Eyqa Hasnan itulah. Ramai yg selalu pandang ringan dengan survey nuffnang nie.
@En Tapi Tak reti guna? Kan ada banyak tips-tips Nuffnang kat google? Cari je :)
@zool Bukannya sebab popular ke tak. Tapi, Nuffnang tengok kat bahagian survey dlm memberikan BE kepada blogger.
@aimaniman Hihi, cuba lagi kak. usaha tangga kejayaan :)
@Nath Wahhh, really?
@Blog Sensasi Cuba tengok kat bahagian survey balik. Mesti ada yg tak kena.
Syukur ada dapat.. ;)
Post a Comment