Rasanya dah ramai kot yang tahu tentang cerita nie, cerita benar di mana seorang gadis kecil yang sanggup berkorban demi ayahnya yang uzur. Tapi, tak kira. Mieya nak jugak kongsi cerita nie dengan korang semua.Sebabnya, bagi Mieya, sebagai seorang anak amatlah wajar untuk sama-sama mengajak orang lin dalam mengenang jasa dan membalas segala budi baik ibu bapa kita.
Sejak dari dalam rahim ibu, diri kita sudah dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu kita. Dari sekecil-kecil saiz tubuh badan hinggalah kita pandai membawa diri, ibu bapa masih lagi menjaga dan mengambil tahu akan perihal dan pergerakan anak-anaknya.
Jadi, tidak mustahil untuk kita katakan terlalu banyak pengorbanan yang telah pun ibu dan bapa kita berikan.
Huang Puli yang berusia 12 tahun yang berasal dari negara China iaitu sebuah perkampungan kecil, Guanling, Guizhou. Pengorbanannya jauh tidak terkira apabila dia yang masih lagi kecil, sanggup berhenti sekolah rendah untuk menjaga bapanya yang uzur dan mengalami kerosakan otak teruk akibat terjatuh dari pokok pada 19 Disember tahun lalu.
Semenjak sakit lumpuh dan kecacatan kekal yang dialami bapanya, Puli lah yang telah mengambil tugas menjaga bapanya setelah ibunya lari dari rumah dan tidak pulang sejak tiga tahun lepas. Kehidupan keluarga Puli terlalu daif dan keluarganya hanya tinggal di kawasan yang miskin dan kekurangan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur yang lain.
Bagi Puli, dia tidak memiliki apa-apa selain seorang nenek yang telah tua dan seorang bapa yang terlantar sakit.
Dengan kemiskinan yang dialami, Puli pula terpaksa berhutang sebanyak 110 ribu Yuan untuk melunaskan segala hutang kos rawatan sakit bapanya di Hospital Anshun, Guizhou.
Melalui kisah diatas, ada beberapa iktibar dan pengajaran yang dapat kita peroleh. Antaranya :
- Pengorbanan boleh dilakukan pada bila-bila masa. misalnya, pengorbanan anak kepada ibu bapa, pengorbanan abang kepada adik dan pengorbanan adik kepada adik beradik yang lain.
- Kita juga boleh menghargai pengorbanan ibu bapa dengan kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan dalam alam pekerjaan
dan bermacam-macam lagi lah. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Sekian :)
4 comments:
kesiannya dia dgn ayah dia :'( rasa nak menangis bila baca entri kali ni.
sedihnya..! mulia betul hati budak tu kan..
ibunya pula terasa mcm kejam lak.. snggup tggalkan ank dan suami..
apa2pun kita doa, moga ada pihak yg sudi tolong adik puli tu
sedihnyee . hmm . :')
subhanaallah..mulianya hati seorg anak kecil itu..sedangkan isteri sndr dh lari dr umah..semoga cerita ni dpt m'ber pengajaran kpd kita :)
Post a Comment