Karnival Layang-Layang Di Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Persatuan Pelayang Putrajaya (PPPJ) akan menganjurkan karnival layang-layang “Mari Terbang” sempena program Himpunan Sejuta Belia 2012 di Presint 4, Putrajaya, mulai 23 hingga 27 Mei.
Presiden persatuan itu, Nasri Ahmad berkata acara itu bakal menampilkan pelbagai layang-layang dan wau berkonsep tradisional, moden serta layang-layang gergasi.
“Kita akan menerbangkan lebih 20 layang-layang gergasi sotong pelbagai rupa, layang-layang Rokkaku dan layang-layang besar lain pada acara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pameran, pertunjukan mercun asap, bengkel membuat layang-layang, acara mewarna layang-layang oleh kanak-kanak dan pertandingan fotografi.
“Paling istimewa ialah acara ‘Karunia dari Angkasa’ untuk para penonton berebut ole-ole dari angkasa menggunakan wau gergasi yang dilakukan beberapa kali sepanjang acara berlangsung,” katanya.

sumber dipetik dari : mynewshub.my

10 comments:

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

rase nk pergi jer tp tak tahu ade mase or x hehe !

wisnu said...

seru keanya tuh... dah lama ngak maen layangan...

Anonymous said...

wow...kene pergi ni ^_^

Miss N™ said...

wah..syoknyer kalau dekat dengan rumah..! boleh santai2 tgk layang2...

mieya nak g ke..?

Unknown said...

wahh best! huish.tak penah pegi lagi nak join sekaki.haha

::CIK LYNN:: said...

waa...seronoknya!! :)

fizafantagiro said...

wahh mesti best ! nanti nak g tgk :)

Unknown said...

@Cik Nur Teringin nak pergi. Tapi, masalah keluarga tak setel lagi.

Unknown said...

@♥ Cik EylaDiLLa ♥ Sama la. hihi

Unknown said...

@keli menari Mieya pon tak pernah lagi pergi ke sana. hihi