Bergoyang Dengan Kuih Goyang Bersama Emak Tersayang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Setelah hampir empat jam dok bergoyang kaki dan tangan. haippp, jangan nak fikir yang negatif ye. Actually, Mieya baru sahaja selesai menyediakan kuih tradisional kita, iaitu kuih ros bersama dengan sang emak yang tersayang. 

Sebut sahaja kuih ros pasti ramai di antara kita yang dapat membayangkan bagaimana bentuknya serta kerangupannya sehingga membuatkan individu itu akan mengulangi makan. Bentuk seperti bunga membuatkannya dikenali sebagai kuih ros, malah ada di antara kita menyebutnya sebagai kuih loyang atau kuih goyang

gambar dari belas ehsan google
Selalunya, bila ada kenduri-kendara di kawasan perumahan Mieya, kuih goyang nie lah yang akan sang emak sumbangkan kepada tuan rumah untuk disajikan sewaktu aktiviti merewang dijalankan. 

Alhamdulillah. Biarpun kuih tradisional sebegini kebiasaanya dibuat di musim perayaan. tapi, tempahan yang kami terima dari jiran tetangga mahupun saudara terdekat amat-amat menggalakkan. Syukur alhamdulillah, semua ini berkat daripada rezeki tuhan.

Sambil-sambil dok goyang kaki di rumah, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan. Bisnes kecil-kecilan lah kata kan. hihi Ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Harap-harap begitulah hendaknya. Amin :)



11 comments:

The day we meet said...

wah untungla pndai buat kuih..
kite pndai tgk mak buat je..
hihi..

Jannah Salleh said...

kuih goyang? fulamakk! favourite tuh.pass2 lah sikit kat saye :)

Himawari Mirsada said...

suka kuih 2...nk ckit..hehe

Asyiqin Haulisah said...

nak rasa mieya buat.

Miss N™ said...

takut entry pun dah buat nur terasa2 kerangupan kueh tu..

mmg ralit je bila mkn kueh goyang sambil tgk tv..

mieya tahu tak, kat tempat nur ni kami panggil kueh loyang..hihih..tapi ada juga panggil kueh goyang.. :)

Nur Asmida Bt Karim said...

nie peberet eyda kot , pos sikit boleh lalalala :)

Unknown said...

@Norlida Ramli Belajar sikit-sikit, lama-lama pandai lah buat. hihi

Unknown said...

@Jannah Nah, hulur kuih goyang seketul.

Unknown said...

@elyna mirsada @Asyiqin Haulisah Hulur seorang seketul kuih goyang.

Unknown said...

@Cik Nur takut? hehe

Unknown said...

@Nur Asmida Bt Karim Pos dalam mimpi boleh lah. hihi