Keputusan UPU bikin hati bertambah kacau

Assalamualaikum wbt dan selamat malam kalian :)

Semalam daripada petang sampai lah ke malam, Mieya telah menghilangkan diri seketika dari dunia blog. Bukannya berniat nak mengetepikan blog mahupon merajuk terus tak nak buka dashboard blog. Bukan. Cuma, peristiwa semalam benar-benar menyentap seluruh hati, jantung, emosi, dan perasaan Mieya.

Maaf, andai kata ada di kalangan kalian yang ternanti-nantikan update terbaru daripada Mieya semalam. Sesungguhnya, Mieya benar-benar memerlukan sedikit ruang untuk menghamburkan segala rasa yang terpendam jauh di sudut hati. hmmm, biarlah Mieya simpan semua perasaan ini seorang diri.

Semua orang tahu, bahawasanya semalam keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf telah pon diumumkan. Dan, alhamdulillah. Walaupon Mieya tak dapat tawaran ke UITM seperti yang Mieya dan semua orang inginkan. Mieya telah diterima masuk ke sebuah politeknik dalam bidang Diploma Pemasaran.

Tapi, sayang seribu kali sayang. Mieya rasa, berkemungkinan besar Mieya tak dapat melanjutkan pelajaran Mieya ke sana dek kerana tak bersesuaian dengan bidang yang Mieya ambik time SPM dulu. Takpe, Mieya sabar. Mungkin rezeki Mieya bukan disini.

Jadi, Mieya mencuba untuk membuat Rayuan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, manalah tahu kalau-kalau ada rezeki kan. Tapi yang menghampakan, lepas memasukkan kata laluan sebanyak lebih dari 10 kali, apa yang Mieya dapat sebagai balasan ialah "MAAF MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM SISTEM".

huhu T.T sampainya hati! Kejamnya dikau memperlakukan diriku sebegini rupa.

6 comments:

Himawari Mirsada said...

sbr le mieya,mgkn ini ujian wt kamu

Anonymous said...

Susah jugak kalau dah dapat melanjutkan pelajaran tapi tak sesuai dengan bidang yang kita ambil kan. Semoga berjaya dan jangan putus asa ^^

Cik Miela said...

untunglah dapat.. say xdpt pun..huhu seday

Unknown said...

@elyna mirsada Ya, mungkin ada hikmah di sebalik semua nie.

Unknown said...

@Sally Yatiey Thank you :)

Unknown said...

@Cik Miela Awak tak dapat masih lagi buat rayuan, saya?