Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang sekejap redup sekejap panas semua :)
Wahhh, entri kali ini rasanya amat bertepatan dengan situasi kawan-kawan yang sibuk menelaah buku, yang sedang melipat-kali-gandakan usaha dengan menjawab soalan-soalan. Semua ini demi memperoleh kejayaan dalam peperiksaan yang boleh membanggakan semua orang .
Tapi korang tahu tak? Di China, pelajar-pelajarnya menggunakan suntikan asid amino sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan memasuki kolej, lapor sebuah akhbar semalam.
Ya kawan-kawan, peperiksaan yang dikenali sebagai Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan atau ‘gao kao’ sangat penting bagi para pelajar di republik itu.
Gagal dalam ujian ini maka berkuburlah hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, ia ibarat perjuangan hidup dan mati.
Peperiksaan itu merangkumi subjek penting seperti Matematik, bahasa Cina, bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran pilihan.
Beberapa gambar yang tersebar di laman web menunjukkan terdapat tiub-tiub asid itu digantung di dalam kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei.
Menurut akhbar China Daily, seorang pegawai sekolah, Gao Pingqiang berkata, suntikan asid itu popular dalam kalangan pelajar kerana ia tidak mendatangkan kesan berbahaya terhadap kesihatan.
Pheuwww, semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan mereka sanggup menggunakan suntikan asid amino? Sangat mengerikan.
Bagi pendapat Mieya lah kan, daripada menyeksa diri dengan suntikan, lebih baik kalau persiapkan mental dan fizikal secara secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Dengan ini, kita boleh tahu dan menilai di mana tahap kefahaman kita mengenai sesuatu pelajaran.
Bagi pendapat Mieya lah kan, daripada menyeksa diri dengan suntikan, lebih baik kalau persiapkan mental dan fizikal secara secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Dengan ini, kita boleh tahu dan menilai di mana tahap kefahaman kita mengenai sesuatu pelajaran.
3 comments:
dashyat..siap gantung tiub lagi dalam kelas..
mcm2 la owg ngara china nie..
asid amino bukan bagus ke?
Post a Comment