SMS sambil Berjalan Diharamkan

Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati. Hal ini demikian kerana, pihak polis akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.


Ya kawan-kawan, kisah ini bukan rekaan semata-mata, tapi benar-benar berlaku di Fort Lee, New Jersey. Langkah drastik ini terpaksa dibuat berikutan bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.
“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.


Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.
Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu. Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.


Tapi, Mieya rasa tindakan mengenakan saman yang tinggi kepada pejalan kaki yang berbahaya sebegini adalah patut. Sebabnya, hasil kajian mendapati  berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon akan menyebabkan pengguna khidmat itu terbabas berbanding pejalan kaki lain.


Sumber berita dipetik daripada : Harian Metro

5 comments:

Siti Hajar said...

igt kt msia kne wt cmni gak r,,ari tu nyris nk langgar dak ppuan nie sbuk sms tgh jln

Siti Hajar said...

igt kt msia kne wt cmni gak r,,ari tu nyris nk langgar dak ppuan nie sbuk sms tgh jln

Himawari Mirsada said...

xmau kna saman..hehe

Awan Nina said...

ouhh baru tau !
kalau dia type mesej bukan masa lintas jalan pun kena saman ker ?

Unknown said...

@Siti Hajar Betul tu. Nak bermesej pon kena lah pada tempatnya.