Bila sebut sahaja pasal Stacy, confirm ramai yang dah tahu dah siapa dia. Di mana setiap persembahan nyanyiannya pasti diselangi dengan tarian rancak.
Ya kawan-kawan, hari nie Mieya nak bercerita mengenai Juara Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) yang sedang popular dengan lagu Kasanova nie.
Dengar cerita, Stacy kini bergelar ibu kepada anak angkatnya yang bernama Bella Valentina. Menurut penyanyi berasal dari Sabah ini, dia mengambil anak angkat itu bukan sahaja kerana mahu memenuhi naluri keibuannya tetapi juga bagi mengisi masanya yang banyak terluang sewaktu berada di rumah ataupun apabila tiada undangan mengadakan persembahan pentas.
“Apatah lagi, saya memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Saya juga mempunyai tujuh orang anak buah berusia daripada lima bulan sehinggalah 15 tahun. Saya selalu bersama mereka tetapi dengan adanya anak angkat sendiri saya rasa lebih seronok kerana menjadi ‘ibu segera’,” ujarnya.
Sungguhpun itu adalah kali pertama Stacy mencuba pengalaman menjadi seorang ibu tetapi dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran dalam usahanya untuk menjaga bayi comel yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
Malah, penyanyi yang juga finalis Mania anjuran Astro Ria yang akan berlangsung pada 19 Mei ini berkata, dia juga berasa seronok biarpun terpaksa bangun di tengah malam buta menukar lampin Bella ataupun menyediakan susu anak angkatnya itu.
“Mungkin ini adalah suatu pengalaman baru saya sebelum menjadi ibu kepada anak yang sebenar suatu hari nanti. Saya seronok kerana mendapat pendedahan ini lebih awal dan daripada situlah saya mengetahui betapa mencabarnya untuk membesarkan anak-anak,” katanya lagi.
10 comments:
wahh,saye tak tau pun stacy ade ank angkat.hee,bnyak infolah blog nih :)
berat tanggungjawab bila amik ank angkat ni, kalau kita abaikan, dosa dah sah2 kita dapat, sebab kita dah abaikan ank tu.
cik nur teringin gak, tapi tak mampu..huhuhu
berat tanggungjawab bila amik ank angkat ni, kalau kita abaikan, dosa dah sah2 kita dapat, sebab kita dah abaikan ank tu.
cik nur teringin gak, tapi tak mampu..huhuhu
comelnye anak angkat Stacy.. harap Stacy boleh jadi 'ibu segera' dengan baik.. :))
ramai dah artis yang ada anak angkat kan :)
stacy ni duduk sebelah rumah saya jak kat sabah...hahaha
oooo..dh jd ibu ye..nt pandai menyanyi anak tu.hehe..singgah sini ye.
@Jannah Salleh Thank you :)
@Fiza Diaries Sama2 lah kita doakan.
@fizafantagirO Betul tu.
Post a Comment