Awas, penipuan klik 20 Sen Semakin Berleluasa!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Mari kita membaca entri hari nie sambil menyediakan sebuah cermin agar korang dapat menilai diri sendiri dengan lebih dramatik. Ini entri mengenai pandangan Mieya mengenai Churpchurp dan juga iklan per click yang lain. Maka, secara konklusinya entri hari nie semuanya berkait rapat dengan Churpchurp.

boleh tak kalau hari nie Mieya nak adakan protes dalam belog? dah dapat lesen dah daripada abah untuk online sampai lebam bijik mata. dengan berbekalkan bayaran bil berukband daripada abah Mieya. tapi, ini bukan protes tak puas hati pasal pilihan raya lima tahun sekali tu.

Tapi tapi, ini protes pasal tak puas hati dengan pengiklan tegar Churpchurp yang sewenang-wenangnya menggunakan taktik kotor demi mendapatkan pendapatan. Ya tuan puan, taktik kotor yang Mieya maksudkan adalah penipuan klik.


Mieya tak tahu lah sama ada Mieya seorang ataupon ada orang lain yang pernah terkena dengan penipuan klik nie. Tapi, Mieya dah banyak kali kena. sakit hati? Cuba tanya dekat sesiapa saja, siapakah yang tidak berasa sakit hati?


Setelah Mieya berblogwalking di tengah malam sambil ditemani angin malam. baru Mieya sedar, rupanya :

  • banyak blogger yang masih tak tahu apa itu iklan per click?
  • ada yang mengeluh sebab tak dapat earning.
  • ada yang mengeluh sebab dapat earning sikit.
  • banyak blogger yang meletakkan link iklan per click di entri (terutamanya yang berkaitan tips, kontest, giveaway atau apa-apa yang berkaitan. Lepas tu, suruh orang klik)
  • banyak blogger meletakkan link iklan per click di shoutbox. 
  • banyak blogger meletakkan ikon gambar (seakan-akan ikon shoutbox) beserta link iklan per click.

Macam-macam lagi lah kan. Jangan bersedih jikalau pendapatan yang korang dapat tu sikit. Semua itu rezeki masing-masing. Kalau dapat sikit, usahalah lebih sedikit biar dapat banyak. 

Mieya pon sama saja dengan korang. Bayangkan selama Mieya berbelog, 22/02/2011 Mieya baru register Churpchurp. Nak berkempen sana sini, jarang ada masa. tapi alhamdulillah, dalam masa sebulan Mieya berjaya mendapat sekitar RM 5.80 Lepas tu terus senyap balik sebab Mieya sibuk dengan SPM.

Mieya tak sedih. dah tanggungjawab Mieya untuk belajar, jadi buku-buku tebal didahulukan, trafik belog dimaintainkan, Churpchurp Mieya ketepikan. Mulut kata nak tinggalkan belog, tapi hati meronta-ronta tak bagi. So, Mieya ikutkan hati nasib baik tak mati. update belog seperti biasa.

Awal tahun nie, Mieya baru terkinja-kinja promosi kempen di sana sini. Almaklumlah, bosan duduk terperap di rumah sambil goyang kaki sambil cungkil gigi. Belog tetap berupdate walau entri tak se'gah' nama Ben Ashaari, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan Nisa Kay

Orang lain dah dapat merasa duit Churpchurp, dapat beli itu ini, kita pon nak merasa jugak. jeles kan. Orang lain melakukan penipuan klik, korang pon ikut nak buat jugak. tapi korang tak sedar, betapa bahayanya perbuatan korang tu. Sekiranya perbuatan korang dapat dihidu oleh pihak Churpchurp, duit yang korang cashout tu boleh disekat/dipotong tahu tak?

Nak dapatkan sesuatu di dunia nie bukannya senang. Nak beli itu ini, semuanya melibatkan duit, duit dan duit.  Nak dapatkan duit pulak, kena rajin berusaha. sebarkan kempen ke twitter, facebook dan juga blogspot. Kalau malas memang takkan dapat lah.

itu je yang Mieya nak cakap hari nie. ye la, kita berbelog sekadar memenuhi masa lapang. tapi lebih bagus jika sesuatu yang kita luangkan tu membawa keuntungan kepada diri sendiri. Dengan adanya sedikit pendapatan melalui dunia online nie, sudah tentu kita dapat meringankan bebanan diri. disamping menaikkan semangat diri.

Nasihat Mieya, nak menjana pendapatan disamping berblogging tu tak salah. tapi biarlah dengan cara yang betul. Makanya rezeki yang kita dapat adalah daripada sumber yang halal. Sekian~


17 comments:

Miss N™ said...

betul tu mieya, paling berleluasa bila ada link di shoutbox..bila klik keluar iklan..

sabar je la..

Nur Asmida Bt Karim said...

tuh lah kan . kitablogging bukan semata2 sebab duit je kan :)

::CIK LYNN:: said...

blog cik lynn mmg xda iklan2 ni suma...=p

nana said...

setuju sangattttt :D

Fadzmie said...

Kalau dah menipu untuk dapat duit, sah-sah la duit hasil tu jadi haram. Kan? ;)

Unknown said...

@Cik Nur Apa kurangnya dengan blog Mieya. Banyak link iklan kat shoutbox tu.

Unknown said...

@Fadzmie Mohamad Betul tu :)

IntaNBerliaN said...

sy xtau sgt churp2 ni sbb xaktif pun dgn churp2 ni.. :-)

ecadwinkyasha said...

hahaha.makin panas...xsuka bgi yg letak dlm shoutbox.huhu.itu menipu.klu letak dlm blog memasing tu..oke je

poji said...

suruh jer klik. daripada nk bg duit ky churp2 free gitu2

poji said...

klik jer

Azza Afdzal said...

betul betul..mcm blog Azza mana ada letak iklah churp2 pun...

Unknown said...

@ecadwinkyasha Betul tu :)

Unknown said...

@poji Betul tu. Kalau minta dengan cara baik, takde lah orang nak marah.

.::: Princess MOMOY :::. said...

paling benci spam ads
bila klik ads
tension jer

Unknown said...

@.::: Princess MOMOY :::. Yup, memang tensiin sangat. Thats why kena sentiasa kawal. Kalau tak, menyusahkan orang lain.

Unknown said...

betul2.....cik siti berblog da nak masuk 2 tahun...tapi duit nuffnang tak smpai seratus pun....huhuu...nak dapat duit secara berblog ni, mmg kena sabar...