Dah dua hari Mieya tak menjalankan aktiviti berblogwalking sambil meninggalkan jejak di shoutbox korang. Bukan disebabkan oleh kekangan masa, tapi Mieya terpaksa menghadapi masalah keluarga yang terkena buatan orang. Wallahualam.
Berbalik kepada tajuk entri kali nie, maka semestinya entri kali ini ada kaitan dengan entri yang lalu, iaitu entri Awas, penipuan klik 20-sen semakin mengganas! Merujuk pada point yang ke-5, iaitu Penggemar Spam Link Iklan 20 sen di Shoutbox.
Ya kawan-kawan, ternyata golongan sebegini masih lagi wujud di blog Mieya sedangkan baru sahaja beberapa hari yang lepas Mieya menegur perbuatan dorang nie. Nampak sangat kau masih tak faham bahasa kan?
Please lah, gunakan kemudahan shoutbox yang ada dengan sebaiknya. Mieya sediakan shoutbox untuk memudahkan aktiviti berblogwalking sesama blogger. Bukannya nak menggalakkan lagi aktiviti spam link iklan nie.
Kot iya pon nak suruh orang klik link iklan korang, bagitahu aje lah. Gunakan bahasa yang elok dan sopan seperti :
Hai. saya dah klik iklan awak, jangan lupa klik iklan saya balik.
Ads : Nak tengok video kucing yang menarik? Sila klik sini.
Ingin menjana pendapatan secara online? Jom klik sini.
Padahal ada banyak taktik lain lagi yang boleh korang guna selain melakukan penipuan di shoutbox. Yang mana lagi baik dari aktiviti kotor itu. Misalnya, mempromote berhabis-habisan di facebook dan twitter. Buat entri yang menarik dan selitkan link yang mempunyai kaitan dengan kempen iklan yang korang sebarkan.
Tapi yang berlaku di shoutbox Mieya adalah sebaliknya. Korang salahgunakan kemudahan shoutbox yang Mieya sediakan tu untuk tujuan mendapatkan wang ekspress.
Jadi, tanpa segan silu dan teragak-agak, Mieya sendiri akan mengambil tindakan drastik. iaitu dengan menekan butang report as spam. Terpulang kepada pihak pengiklan untuk mengambil tindakan yang seterusnya sama ada memberi amaran keras kepada kalian mahupun melucut terus keahlian korang.
P/s :- Harap-harap. lepas ini tak ada lagilah kegiatan yang tidak profesional ini kan. Kalau ya pun nak cari duit, gunalah cara yang betul. Dari sumber yang betul, tak perlu nak letakkan link iklan bagai di shoutbox.
9 comments:
saya pun banyak kali kena.. kate dah "follow me back".. skali tekan.. link churp2 seyh >.<
sebenarnya kita boleh tahu tau kalau itu link iklan atau tak..
cik nur selalu chek dulu, kalau betul link blog, baru cik nur klik..
kalau tak, cik nur abaikan..huhuh..
bab tkena buatan tu, cubalah rawatan altenatif.. xpun mieya pasang ayat ruhyah tiap2 hari dalam rumah.
cari di youtube, byk ada.
ciknur baru ni ada sdikir gngguan juga, lepas dapatan rawatan altenatif, alhamdulilah okay, dan sekarang cik nur mmg amalkan mendengar ayat ruhyah tiap2 hari.
selain tu, ciknur dapatkan minyak anugerah yg cik nur citer dlm blog ritu.
Alhamdulillah sekarang ni, ciknur btmbah sihat, semuanya dgn IzinNYA.
kita ikhtiar.
boleh report eh? mai pon benci golongan ni.....
betul tuh , bencik gak org yang suka buat macam tu . Tpi kalau eiyaa , eiyaa tgk dulu link tu link apa, kan pakai mozilla dia ada naik link tu kalo kita biarkan cursor lama2 . kalau tipu je , eiyaa tak tekan la :)
nasib baek shoutbox pka ok lagi. mintak2 takde camtuu. jom joim segmen pka nakkk..
http://pkaemerald.blogspot.com/2012/05/segmen-pka-rahim-blog-cute.html
tq :)
saya terus xde shoutbox sebab pening tgok banyak spam je. ehehe
hehehe..
betul tu...
slalu je ada org tgglkn jejak link iklan kt shoutbox...
sy x kisah pun kalo suro klik...
tp wat la dgn cr yg btl kn..
sue remove cbox sbb terlalu la banyak dan meriahnya link iklan kat situ
betul..kalau jujur kan senang..kurang sedikit rasa geram tu..=(
Post a Comment