6Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)
Kita sememangnya sering diuji dengan pelbagai masalah dan ujian untuk mengukur sejauh mana ketakwaan, kesabaran, dan keikhlasan untuk melayari hidup yang dipinjam untuk seketika cuma. Namun, terkadang itu kita mudah untuk menyerah kalah dan putus asa dengan ujian-ujian Allah S.W.T dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara di luar batas-batas agama Islam dan tuntutan Syarakh.
Rasulullah S.A.W. juga tidak pernah terlepas dari segala ujian dan seksaan sebagai manusia walaupun Baginda adalah Nabi terkahir yang begitu dekat di sisi Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T;
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” – Surah Al-Ma’aarij: ayat 5.
Zaman ini, kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang memaparkan bagaimana manusia itu hidup dengan penuh rakus dan hilangnya perasaan sabar sehingga sanggup melakukan perkara yang berdosa.
Justeru itu, kenapakah kita tidak boleh menerapkan nilai sabar ke dalam diri sendiri?
Di dalam konteks Islam, sekiranya kita diuji dengan ujian hidup, kita mempunyai pilihan sama ada nafsu atau iman. Jika kita membiarkan nafsu menguasai diri dan perasaan tidak sabar, maka kalahlah iman. Jika kita memilih iman, maka akan kalahlah nafsu. Sebetulnya, diri kitalah yang harus memilih pilihan yang tersedia ada supaya kita mendapat manfaat yang tinggi.
Untuk kekal bersabar, kita perlu memahami dan melakukan 4 tindakan:
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah.
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang dan teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.
Mengapakah kita perlu untuk bersabar?
Supaya kita dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada pelbagai musibah menjadikan kita gundah gulana, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan.
Keadaan ini tentulah akan mengganggu tahap pemikiran kita dan penghayatan dalam kerja ibadah yang kadang-kadang terlalu sukar untuk kita laksanakan. Selain itu, dengan bersabar, mudah untuk kita mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.
5 comments:
sabar ni satu pkara yng perlu ada dalam semua org.. cuma kawalannya saja berbeza..
hidup kalau xde ujian tak best lah kan ? mungkin bosan. sebab pengalaman masa susah senang yg banyak mengajar kita :)
kalau ilang sabar...kputusan yg dibuat selalunya makan diri..
so, sabar la..^^
ya betul. sabar itu penting.
jom singgah blog pka.
http://pkaemerald.blogspot.com/2012/05/jom-register.html
tq :)
insyaAllah..
smoga kita menjadi org2 yg sabar & mulia disisinya..
Post a Comment