Nak kata Mieya nie kaki kipas drama sinetron Indonesia, tak juga. Hanya sesetengah cerita sahaja yang Mieya layan. Terutamanya yang ada pasangan kekasih pakwe makwe macam Randy Pangalila dan Mikha Tambayong dalam Nada Cinta.
Walau di mulut, sering kali kata "tak payah tengok lah der". Tapi di hati wa, memberontak gila babeng nak tengok jugak.
Namun, Sepanjang Mieya melayan sinetron nie, bermacam-macam scene yang Mieya perasan hampir sama. Tipikal kot. Maka, Mieya dah boleh agak jalan cerita drama sinetron Indonesia nie.
Belum apa-apa, dah butthurt, sensitif sangat. |
- Watak baik mengekori watak antagonis tapi dengan jarak yang sangat dekat. Mestilah penjahat tu sedar kehadiran korang kat situ.
- Bila ada scene kemalangan atau tergelincir, whoaahhh! dia punya slow motion, rasa macam nak baling je botol kat tv nie.
- Asal watak buat muka terkejut je, mesti zoom muka pelakon tu dekat-dekat, siap boleh kira bulu hidung lagi.
- Biasanya hero sinetron akan pandu kereta mewah dan selalu bergaya masa episod pertama, bila dah pertengahan episod, dah tak nampak kereta mewah tu.
- Haa.. Sinetron kalau tak hilang anak, tertukar anak dan sebagainya yang berkaitan dengan anak, memang tak sah.
- Watak baik, terutama watak utama perempuan, dari episod pertama sampai habis, kalau tak menangis memang bukan sinetron ler.
- Watak baru sentiasa bertambah bila dah pertengahan episod, lagi-lagi sinetron yang beratus-ratus episod;
- Setiap kali muncul watak baru, mesti watak tu muncul dengan cara bergaya, pandu kereta mewah, flipshair sampai berterbangan kutu babi.
- Watak suka bercakap sorang-sorang, kononnya bermonolog. Kalau nak bagi penonton faham, baik tak payah, penonton ada akal, boleh fikir.
- Duduk sebatu tapi boleh dengar perbualan orang lain tapi musuh depan mata tak nampak pulak
Sebenarnya ada banyak lagi. tapi Mieya tahu, mesti ada di kalangan korang yang tak sanggup nak membacanya kan. Jadi, sejurus entri ini dipublish, seelok-eloknya korang pergi lah take a break sekejap. Pergi lah dengar lagu ke, minum air ke apa-apa je lah. Okey?
.
8 comments:
betul2..setuju sgt..kita mesti dapat teka apa yg akan berlaku..hari2 menghadap nada cinta tu..lama lagi nak habis cite 2..sometimes bosan jugak, tapi ati tetap nk tgok..haha..aptb :P
Betul tu. SOkong! Putar belit jugak sinetron ni. Kadang2 benda boleh settle dia putar belitkan lagi o.O Sobsss Sobsss.
Indeed, personally I think that most of those "sinetrons" are silly and not having much educational value.
Yet, many still like them here.
lama dah tak tgok. last skali bawang putih bwg merah kot
awek2 indon cantik dan menarik. suka tgok
kdg2 cite die x best sgt pon, tp last2 mesti suspen, so esok kena tgok sbb nak taw ape kesudahan. hehe
ziela tag awak lagi :)
jom join ramai - ramai contest yang dibuat oleh Nurul Farain <3
Hadiah2nya sgt lumayan :) dah join jgn lupa tag nama Ahmoy Si Merah dalam post tu ya ^^ terima kasih :)
http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/05/contest-edit-photo-for-me-by-nurul.html
saya doakan kejayaan awak :)
Yep! Konsep diorang sama je. Kalau cerita Melayu pulak, dulu majoriti about keluarga, harat& percintaan. Now, rasa mcm cbe diubah sikit konsep tu. Ala-ala korea sikit. Pendapat je... ^^
yup betul heee nk buat cm ne kn..
cik lynn mmg xlayan sgt sinetron ni...sbbnya mls nk follow beratus2 episod tu...tgk2 ending dia ntah2 pape...lgpn cter dia lebih kurang je...
Post a Comment