Mark Zuckerberg Bakal Menjadi Individu Terkaya Di Dunia

Assalamualaikum wbt and hye. *sambil lambai-lambai tangan*


Pagi-pagi lagi dah buat entri pasal Buffered Earning dah bertukar menjadi Metered Earning, sengaja nak bagi orang cemburu lah tu. hihi. Bukanlah awak, jangan salah faham. 


Actually, Mieya nak berkongsi kegembiraan hati Mieya bersama dengan korang semua yang rajin menepek kedua bijik mata demi untuk mengadap blog picisan kita nie. Lagipon, semua rezeki yang Mieya peroleh daripada Nuffnang nie pon berkat dari hasil bantuan korang jugak, yang rajin klik-klik kat iklan Nuffnang Mieya tu. Terima kasih semua :)


Mieya baru sahaja selesai membelek artikel di mynewshub.my yang bertajuk "Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b" yang menyatakan bahawa beliau akan menjadi antara orang paling kaya di dunia apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.

Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan menjana keuntungan yang lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.
Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.
Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.
Pelabur dijangka berebut untuk mendapatkan saham itu, walaupun sebahagian mereka menyuarakan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang rangkaian sosial berkenaan Sambutan terhadap saham Facebook dijangka tinggi bukan setakat kerana jumlah wang yang akan dihasilkan tetapi ia sendiri adalah amat popular.
Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia.


3 comments:

Atira Ameer said...

yg ke-2 kaya ialah saya . !
huahua (ketawa jahat)
hhe . ! gurau ja :D

Miss N™ said...

hebat betul dia ni kan..!
nak mintak RM1jutalah..!hihihi

bagi dia 1juta tu celah gg je kot..

Unknown said...

wowww serius hebat mark zuckerberg ni :O