Di zaman pra-matang ini, terdapat berlambak-lambak cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet. Di zaman pra-matang ini, Mieya semakin hilang dalam kabus, tak tentu arah dan mula naik hairan. Kenapa Mieya harus guna ayat yang dicilok daripada buku teks sekolah. sedangkan Mieya hanya nak siapkan satu entri je hari nie. -,-"
ya, berbalik kepada entri suam-suam kuku, yang tak berapa nak panas dan tak berapa nak pedas nie. Sila rileks-rileks kan badan anda serta segala jenis wayar-wayar sendi yang sedang kusut-masai itu.
tahu tak sebab musabab Mieya Atiera sedang tersenyum dari mulut sampai ke telinga sepanjang minggu ini? sampai naik lenguh rahang, tapi masih paksa mulut untuk senyum lagi. Hati nie tak berbunga, cuma hidung je yang kembang kuncup tak habis-habis.
ohh, gembira rasanya. Alhamdulillah, dah cashout dah pon ! Cuma terlupa nak printscreen sebelum tekan button cashout tu lah. Adoi! Sorry, takde gambar untuk ditunjukkan kepada korang.
ala, tak payah cakap Mieya sorang saja. korang pon pasti akan merasa terkinja-kinja. Happy tak ketahuan hala kerana berjaya meraih pendapatan dengan hanya menggunakan khidmat jejari yang runcing. sambil golek-golek, sambil ber'facebooking', sambil ber'tweeting', sambil goyang-goyang kaki. woaaah, best kan kan kan?
Kalau korang nak rasa perasaan yang sama dengan Mieya, Jom! Sertai Churpchurp sekarang dan mula lah berkempen ke sana ke mari. tak kira sama ada nak kempen dekat Facebook ke, Twitter ke, Blogger ke mahupun Tumblr. yang penting korang berkempen dengan cara yang betul dan secara automatik, jumlah pendapatan korang akan bertambah sekiranya link korang diklik oleh orang.
baiklah. tak guna cakap banyak-banyak. Sekarang, mehh kita pakat-pakat (terutamanya blogger baru) :
- serbu laman web Churpchurp.com sama ada melalui via facebook atau via twitter
- daftarkan diri korang dan isi maklumat denga betul
- rileks rileks dulu sementara menunggu mesej pengesahan
- dan mula lah berkempen dengan rajinnya
Bagi yang dah lama sertai Churpchurp nie, ayuh kita sama-sama melipat gandakan lagi usaha kita, pelbagaikan strategi yang bijak serta boleh menarik perhatian ramai pihak. bak kata pepatah, kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
dah. dah. tak nak cerita banyak. Sejurus selepas entri kali nie ditaip, Mieya akan bergegas melancarkan misi untuk berkempen berhabis-habisan. Habis tu, takkan korang nak tengok kejayaan orang lain saja, kejayaan korang? haisyyy, mestilah tak mau kan. jom cepat JOIN sekarang!
p/s : bila-bila masa nanti Mieya update pasal tips nak tingkatkan earning churpchurp pulak. Nantikan tau :)
8 comments:
wah.oklatu dh bertmbh..ni mst rjin update blog n blogwalking..
saya dah ada satu churpchurp :) heee
we..syoknya..tahniah2..=)
woaaaa :0 kyra selalu bt ni, tpi selalu mcm tk naik2 pn -.- zzz tk berapa phm sbenanye.... :(
Ini berguna untuk anda, Tips Buat Duit Churp Churp Guna Facebook
@profmie Alhamdulillah, rezeki. sambil berblogging, sambil ber'tweet' sambil dapat menjana pendapatan.
@Norlida Ramli Terima kasih kak :)
@Kyra Hizrina Takpe, teruskan berusaha. Jikalau ada rezeki, dapatlah kumpul earning.
Post a Comment