Showing posts with label churpchurp. Show all posts
Showing posts with label churpchurp. Show all posts

Cek Kedua Daripada Churpchurp

Assalamualaikum wbt :)

Chewahhh.. Kemain lagi Mieya. Mentang-mentang lah dapat cek di pertengahan bulan, di mana
poket pon dah mula nak kering. Terus aje nak up-kan entri satu.

Actually, Mieya cash out earning Churpchurp Mieya pada penghujung bulan September yang lepas.
Dan dijanjikan,
cek bakal menyusul di penghujung bulan November ni. Tapi siapa sangka, tengah-tengah bulan, cek sudah berjaya sampai ke tangan. Alhamdulillah. Cepat betul depa proses kan??


And yes. Ini merupakan kali kedua Mieya merasa hasil pendapatan dari Churpchurp selama dua tahun
beriklan dengan mereka. Itupon selalu je on/off nak share iklan mereka. Btw, sorry lah kalau gambar tak berapa nak clear. Guna kamera phone cikai je ni. huhuhu

Macam biasa, kalau nak cash out amount Churpchurp.. kena pastikan jumlah earning kita melebihi RM100.
Agak jenuh juga lah nak cecah ke angka tersebut. Tapi nasib baiklah iklan Social Seeding banyak membantu. Yang mana amount nya cecah belasan ringgit bergantung kepada bilangan follower di Twitter. Begitu lah ceritanya.

Akhir kata, tak salah kalau nak online 24 jam tiap-tiap hari. Yang salahnya jikalau korang online tanpa mendapat pulangan yang mampu memberikan kepuasan dan kebanggaan kepada diri sendiri. Peluang takkan datang bergolek kalau tak dicari. Cari dan usaha lah dengan gigih.

Nah, Mieya kasi link untuk menjana pendapatan dengan online :

1. Ada blog? Ada trafik dan ada idea untuk disuarakan? Jom lah join Nuffnang !

2. Ada facebook, Twitter, Blog atau instagram? Jom lah join Churpchurp & 8share !

3. Malas nak share iklan? Rajin jawab soalan? Jom join IpanelOnline !


Semua link yang Mieya share di atas tu, semuanya telah memberikan pulangan modal kepada Mieya
walau sedikit jumlah yang diterima. Jadilah lepas buat bayar bil broadband bulan-bulan.


Kembali Aktif Ber"churpchurp"

Assalamualaikum wbt ^^

Rasanya, semua orang dah sedia maklum tentang Churpchurp nie kan? ke ada yang tak tahu lagi? Okey, nevermind. Biar Mieya terangkan sikit, especially untuk para newbie lah kan?

Apa itu Churpchurp?

Churpchurp merupakan anak syarikat kepada Nuffnang. Rata-rata blogger, semuanya dah tahu pasal Nuffnang kan? Cuma yang membezakannya ialah.

Churpchurp adalah sebuah media pengiklan yang bergerak atas platform social networking dimana korang hanya perlu share link kempen dan promote secara habis-habisan sama ada di facebook mahupun twitter. Mudah kan?  

Korang akan diberi RM0.20-RM0.40 bagi setiap klik yang diterima. Contohnya macam ni : 

kalau seorang klik link iklan tu, maka automatically korang akan dapat 20 sen. Cuba bayangkan kalau 100 orang yang klik? Banyakkan? Sebab tu kena rajin dan alert dengan kempen yang nak di share. 



Ini hasil income Mieya sepanjang aktif berkempen dengan Churpchurp pada tahun lepas. Takde lah banyak sangat. Sebabnya Mieya pon dah kurang promote. Haa.. ini pula jumlah earning terkini. lagi sikit je nak cashout.


Amacam? Tak rasa tercabar ke? Jom lah join sekali. Klik SINI untuk mendaftar dan mulakan menabung. Bak kata pepatah, Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jadi, bila tengok balik jumlah earning yang terkumpul sekarang ni, rasa macam dah bersemangat semula untuk aktif balik. Sambil-sambil online sekejap, boleh kumpul duit buat beli jajan sikit. Sambil menyelam minum air. Tak gitu?


Earning Churpchurp Hilang? So, Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Baru-baru nie, laman web Churpchurp tidak dapat diakses selama sehari, iaitu pada 27hb Sept 2012 bersamaan pada hari Khamis lepas.

Dan rasanya, rata-rata daripada pengguna Churpchurp mengalami masalah setelah laman web Churpchurp pulih seperti sedia kala. Contohnya, terdapat beberapa error yang didapati seperti kehilangan maklumat pada akaun, earning, user details, account setting.


Dan tidak terkecuali, Mieya pon turut sama mengalami masalah kehilangan earning. Btw, terima kasih kepada Cik Nur kerana memberitahu kepada Mieya mengenai permasalahan yang berlaku di Churpchurp.

Kalau tak, memang seminggu lah Mieya tak jenguk laman web Churpchurp tu. Maklum sahaja lah, broadband kesayangan Mieya nie dah mencapai quota limit. So, faham-faham je lah, line internetnya macam mana kan..? HAHA

Okey, berbalik kepada permasalahan yang berlaku di Churchurp tadi. Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah seperti yang Mieya jelaskan di awal entri tadi, korang diminta untuk mengisi borang aduan.

Disini Mieya akan tunjukkan step by step, okey?

1. Mula-mula, buka laman web Churpchurp, klik seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.


2. Nanti akan keluar macam nie kan? Ikut step seperti yang ditunjukkan dalam gambar tu..


3. Bahagian nie paling penting, pilih apa masalah korang. Kalau melibatkan kehilangan earning, sila letakkan gambar earning sebagai bukti dan isikan apa permasalahan korang. Tulis dalam Bahasa Melayu pon boleh okey?


4. Dah siap? Klik butang submit dan tunggu je lah maklum balas seterusnya daripada pihak mereka.

Okey. Thats all. Harap ini membantu !


Perbezaan Churpchurp : Per Deal dengan Per Click

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Okey, bagi newbie yang belum tahu apa itu Churpchurp boleh KLIK SINI CEPAT !!
Bagi yang belum daftar pula, korang boleh daftar mengikut TUTORIAL INI. Di situ Mieya ada tunjukkan cara-caranya step by step.

Rasanya, ramai di kalangan churpers yang masih belum tahu apakah perbezaan antara Churpchurp Per Unique Click, dan Per Deal. Ya, Mieya tahu ramai yang masih keliru dengan benda nie.

Jadi, diharapkan perkongsian ilmu kali nie sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat pilihan yang tepat dalam menjana pendapatan. Tapi kalau korang rasa Mieya salah beri maklumat please, tolong perbetulkan ya! Mieya hanya terangkan apa yang Mieya faham selama berkhidmat dengan Churpchurp nie.

PER UNIQUE CLICK


Okey, iklan Per Unique Click nie ialah iklan di mana korang akan dapat standart RM0.20 - RM0.40 bagi setiap iklan yang telah di click (sampai habis loading iklan). So, kalau kalau sepuluh orang yang klik, secara tak langsung korang dah dapat RM2.00.

Yang penting, jangan klik iklan sendiri sudah lah. Nanti tak pasal-pasa dapat surat cinta dari Churpchurp pasal aktiviti fraud klik yang tak bertamadun korang tu.


PER DEAL
Iklan nie pula iklan di mana korang akan dapat reward bagi setiap pembelian. Biar Mieya mention sekali lagi okey? BAGI SETIAP PEMBELIAN! So, if ada orang klik iklan nie dengan tujuan untuk mencuci mata tanpa berniat nak membeli, bermakna korang tak akan dapat walau sesen pun.

Okay now dah clear kan? Senang je kan melabur sambil online nie, tak perlukan modal bagai. Korang hanya perlu daftar Churpchurp dan share iklan je. Apa lagi?? meh daftar..KLIK SINI

If ada problem or masih lagi tak faham boleh tinggalkan komen di mana-mana entri sahaja. Insyaallah, selagi Mieya boleh bantu, Mieya akan bantu korang. Jangan risau Mieya tak makan orang punya lah. Lagi-lagi di bulan puasa nie. hikhik.


Tutorial : Cara Tukar Profile Akaun Churpchurp

Assalamualaikum wbt dan salam muhibah semua :)

Tengah sibuk-sibuk menyiapkan entri untuk dipublishkan di kemudian hari, tetiba Mieya menerima satu permintaan tutorial mengenai cara menukar profile di akaun Churpchurp.
Kalau tak silap Mieya lah. hihi ^^v

Jadi, alhamdulillah. Selagi ada permintaan, selagi itu Mieya akan cuba membantu menghuraikan kekeliruan korang tu. Insyaallah, mudah-mudahan.

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita mulakan :

1. Mula-mula, buka dashboard Churpchurp masing-masing. (klik sini kalau belum join)

Kemudian, ikut langkah-langkah seperti di bawah :

Nanti akan keluar macam nie :

Kalau nak hantar email kepada pihak Churpchurp, sila tekan link http://help.churpchurp.com tu

Lepas tu, akan keluar seperti gambar di bawah nie :


Dah siap? Tekan Submit. Tunggu respons seterusnya daripada pihak mereka. Insyallah, dalam masa 2-3 hari, pertanyaan korang akan dijawab. :)

Sekian, diharapkan tutorial kali nie dapat membantu kalian semua :)

Alhamdulillah Rezeki dari Churpchurp dan Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca yang tersayang sekalian :)

Mood happy di hari semalam masih lagi belum berakhir kerana, hari nie muncul lagi satu perkara yang telah menggembirakan segenap ruang hati dan sanubari Mieya.

Hmmm, masih ingatkah kalian dengan entri penulisan Mieya yang bertajuk, "Duit Churpchurp dah mencecah ke angka RM100?" Di mana Mieya dengan tak sengaja nya telah menekan butang cashout dek kerana kerakusan hati. Haha nampak sangat betapa rakusnya hati Mieya tu kan?

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan 15 hari menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya, semalam Mieya dikunjungi oleh sepucuk surat beserta cek daripada Churpchurp.
Alhamdulillah, rezeki pertama dari Churpchurp :)
Thank you Churpchurp! Sampaikan salam sayang Mieya kepada pakcik Nuffnang jugak kerana telah menghadiahkan satu lagi Buffered Earning dari Great Eastern Live Great. Terima kasih Nuffnang.


lebih kurang macam ni haa rupa iklan tu, kalau rajin klik je lah :)

Sebab itu, tak pernah terlintas walau sedetik pon di hati Mieya untuk curang kepada Nuffnang dan Churpchurp. Oleh sebab, rezeki daripada mereka tidak pernah sekali pon menghampakan Mieya. Meskipun kekadang, pendapatan daripada pihak mereka agak tenggelam timbul.

Takpe, perbanyakkan bersabar. Kalau ada rezeki korang disitu, maka jangan risau. Suatu hari nanti akan tibanya giliran korang jugak untuk merasai pengalaman yang serupa. Lagipun kita blogging pon kerana minat, bukannya nak kejar wang mahupun populariti sangat. Come on lah !


Tutorial : Cara Letak Current Earning Churpchurp di blog

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ya kawan-kawan, bertemu lagi kita di entri tutorial pulak kali nie. Rasanya, ramai yang tahu bahawasanya kekerapan Mieya menaip entri berkaitan tutorial adalah jauh bezanya jika dibandingkan dengan entri berkaitan peribadi, berita dan informasi. kan?

Hal ini adalah kerana, terdapat lambakan blog mengenai tutorial di luar sana yang menarik dan korang hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Sebab tu blog Mieya nie jarang ada tutorial.

Cuma kalau ada yang request, baru lah Mieya akan cuba dengan sedaya upaya menyiapkan tutorial berkenaan mengikut langkah demi langkah. Macam kat bawah nie haa
Macam mana nak letak jumlah pendapatan terkini Churpchurp macam Mieya punya tu ye? Okey, okey. Sila teruskan pembacaan untuk mempelajari cara-caranya :

1. Buka laman web Churpchurp dan terus ke settings.

2. Tekan button Prt Sc kat keyboard. and then nak paste kat mana Mieya? Kejap.

3. Buka Paint atau Photoscape. Tekan Ctrl + V untuk tampal. lepas tu, korang crop lah mengikut kesukaan hati.

4. Dah siap? Sekarang pergi ke dashboard blog, tekan New Post, tekan Insert image dan masukkan gambar tadi.


5. Macam mana nak ambik kod? Tekan Edit HTML dan Copy (Ctrl + C) kod gambar.

6. Dashboard > Design > Edit Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript

And then, masukkkan kod ini


<center><img src="masukkan kod gambar earning" width="180" height="100" /></a></center>

P/S : Sorry, Mieya tahu tak boleh nak copy kan? Apa kata kalau korang rujuk tutorial di SINI. Thanks. 


warna merah = kod gambar yang korang copy tadi
warna ungu = adjust ikut kesesuaian

Duit Churpchurp mencecah RM105, alhamdulillah !

Assalamualaikum wbt si kacak dan si lawa sekalian :)

Di zaman pra-matang ini, terdapat berlambak-lambak cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet. Di zaman pra-matang ini, Mieya semakin hilang dalam kabus, tak tentu arah dan mula naik hairan. Kenapa Mieya harus guna ayat yang dicilok daripada buku teks sekolah. sedangkan Mieya hanya nak siapkan satu entri je hari nie. -,-"

ya, berbalik kepada entri suam-suam kuku, yang tak berapa nak panas dan tak berapa nak pedas nie. Sila rileks-rileks kan badan anda serta segala jenis wayar-wayar sendi yang sedang kusut-masai itu.

tahu tak sebab musabab Mieya Atiera sedang tersenyum dari mulut sampai ke telinga sepanjang minggu ini? sampai naik lenguh rahang, tapi masih paksa mulut untuk senyum lagi. Hati nie tak berbunga, cuma hidung je yang kembang kuncup tak habis-habis.

ohh, gembira rasanya. Alhamdulillah, dah cashout dah pon ! Cuma terlupa nak printscreen sebelum tekan button cashout tu lah. Adoi! Sorry, takde gambar untuk ditunjukkan kepada korang.

ala, tak payah cakap Mieya sorang saja. korang pon pasti akan merasa terkinja-kinja. Happy tak ketahuan hala kerana berjaya meraih pendapatan dengan hanya menggunakan khidmat jejari yang runcing. sambil golek-golek, sambil ber'facebooking', sambil ber'tweeting', sambil goyang-goyang kaki. woaaah, best kan kan kan?

Kalau korang nak rasa perasaan yang sama dengan Mieya, Jom! Sertai Churpchurp sekarang dan mula lah berkempen ke sana ke mari. tak kira sama ada nak kempen dekat Facebook ke, Twitter ke, Blogger ke mahupun Tumblr. yang penting korang berkempen dengan cara yang betul dan secara automatik, jumlah pendapatan korang akan bertambah sekiranya link korang diklik oleh orang.

baiklah. tak guna cakap banyak-banyak. Sekarang, mehh kita pakat-pakat (terutamanya blogger baru) :

  1. serbu laman web Churpchurp.com sama ada melalui via facebook atau via twitter
  2. daftarkan diri korang dan isi maklumat denga betul
  3. rileks rileks dulu sementara menunggu mesej pengesahan
  4. dan mula lah berkempen dengan rajinnya

Bagi yang dah lama sertai Churpchurp nie, ayuh kita sama-sama melipat gandakan lagi usaha kita, pelbagaikan strategi yang bijak serta boleh menarik perhatian ramai pihak. bak kata pepatah, kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

dah. dah. tak nak cerita banyak. Sejurus selepas entri kali nie ditaip, Mieya akan bergegas melancarkan misi untuk berkempen berhabis-habisan. Habis tu, takkan korang nak tengok kejayaan orang lain saja, kejayaan korang?  haisyyy, mestilah tak mau kan. jom cepat JOIN sekarang!

p/s : bila-bila masa nanti Mieya update pasal tips nak tingkatkan earning churpchurp pulak. Nantikan tau :)

Alhamdulillah, rezeki datang lagi !

Assalamualaikum wbt semua :)

Ohh. Sama ada korang sedar ataupon tidak, dah hampir empat hari Mieya tak hupdate belog. padahal tiap-tiap hari buka dashboard belog pakai handphone cikaiku itu sewaktu di kampung dulu. Lepas tu, publishkan entri yang dah siap auto-publish tu.

Sanggup berhabisan kredit RM2 sehari semata-mata nak merisik khabar si belog tercinta. Berbekalkan line yang tenggelam timbul nun jauh di hulu kampung yang terletak di Perak. Tapi demi belog dan juga demi korang semua, Mieya redah jua akhirnya.

Seperti biasa setiap kali pulang ke kampung, sudah pasti mata nie tak berkelip-kelip menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dengan sawah padi yang terbentang menghijau, dengan parit yang dipenuhi air, dengan burung bangau yang putih melepak, dengan bau kelapa sawit di kiri dan kanan jalan, dengan kapal besar di tepi sungai.

dengan macam-macam lagi lah. jenuh lah telinga korang kalau nak Mieya ceritakan kesemuanya sekaligus. hikhik

Dan seperti biasa jugak, bila dah dapat mengonlinekan diri seperti sedia kala. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :

  • mengecheck lambakan email kat akaun yahoo dahku.
  • mengemaskini survey serta maklumat yang berkaitan di Nuffnang
  • menabung tanpa jemu dengan Churpchurp dan hasilnya. . .

mempersembahkan ^^,

APA?!! Korang nak jugak macam nie? KLIK SINI cepat!!!

Syukur alhamdulillah. Lagi berapa hinggit je nak cashout. Biarpon pendapatan Churpchurp Mieya tidak sehebat Pakcik Eyriqazz, mahupon Sis Lyssa Faizureen yang sampai beriban-riban tu. Asalkan ada lah juga daripada takde.

Semua ini pon, berkat dari hasil bantuan korang jugak sama ada kawan-kawan di twitter mahupon blogger sekalian. Yang rajin menekan-nekan link Churpchurp Mieya tu sama ada secara secara langsung ataupon secara tidak langsung. Terima kasih, sayang korang lelebih. hihi :)


Tutorial Cara Kongsi kan Link Churpchurp

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Nampak je tajuk entri kali nie mengenai Churpchurp, sudah pasti ramai yang dah tahu. Tapi, ada jugak segelintir daripada mereka yang tidak tahu terutamanya bagi blogger baru. Jadi,

Apa itu Churpchurp

ChurpChurp merupakan adik-beradik Nuffnang juga. Nuffnang lebih kepada blog untuk pengiklanan. Tetapi ChurpChurp pula menggunakan laman facebook/Twitter sebagai tempat yang terbaik dan paling berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk selain menggunakan blog!


Bukannya apa, Mieya buat tutorial nie sebab Mieya tahu ramai di kalangan korang yang masih tak tahu cara-cara menjana pendapatan dengan Churpchurp nie. Dan mana mungkin, Mieya bersenang-lenang mengaut keuntungan per klik hasil sumbangan korang. Ohh, itu sungguh tidak adil buat mereka.

Jadi, mari kita mulakan! Firstly, bagi mereka yang belum mendaftar Churpchurp sila berbuat demikian di SINI. Dan bagi yang lain, korang kena sambungkan dulu akaun Churpchurp dengan kedua-dua akaun Facebook dan juga Twitter korang diSINI.

Lepas tu, korang terjah ke BELOG INI (blog tutorial Mieya dengan si demokkuntuk mempelajari cara-cara berkongsi iklan di laman sosial yang seterusnya. Ikut step by step okey?

Itu antara cara nak kongsikan link iklan di Facebook dan jugak di twitter. Kalau sorang klik link iklan tu, korang dapat RM0.20. Kalau 100? Cuba kira sama ada lumayan ke tidak. Kira macam menabung lah rupanya.

Jadi, antara rahsia untuk meningkatkan pendapatan Churpchurp korang ialah korang kena promote berhabis-habisan link sesuatu iklan itu, kalau ada rezeki dapatlah korang menjana pendapatan.

Mudah kan? Korang boleh post dekat Facebook, Twitter, dalam Blog  dan segala macam laman sosial yang korang ada ! 

 SELAMAT MENCUBA ye KAWAN-KAWAN! DAFTAR SINI tau kalau belum daftar :)