Lebih 70 ribu Siswazah masih lagi Menganggur

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi korang :)


Mieya kini diburu perasaan risau yang teramat sangat gara-gara membaca satu artikel dari laman mynewshub.my nie. Hal ini adalah demikian kerana, kira-kira 76,200 siswazah masih menganggur disebabkan oleh tiada kemahiran mencari pekerjaan


Kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal JobStreet Malaysia ke atas 1,994 responden, 77.14 peratus menyatakan mereka perlu mentor atau pembimbing dalam usaha mencari kerja
.
“Melalui bancian itu juga, kita dapati hanya 42.59 peratus bersetuju, menyatakan sepatutnya lepasan universiti tidak menghadapi masalah dalam mencari kerja, berbanding 57.41 peratus yang mengakui bermasalah untuk mencari kerja.

“Ini jelas menunjukkan tiada kemahiran untuk mendapat maklumat dan membuat carian pekerjaan menyumbang kepada kegagalan lepasan universiti untuk mendapat pekerjaan,” katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang di Dewan Negara di sini.

Actually, Mieya tak nak membebel panjang kat entri kali nie sebenarnya. Memandangkan Mieya masih lagi seperti dahulu, masih lagi bergoyang kaki kiri kanan di rumah. Masih lagi menunggu keputusan rayuan ke Matrikulasi. Masih lagi mengira hari, minggu dan bulan mengenai permohonan UPU yang entah bila akan dibuka semula.

Pokoknya, bermacam-macam lagi perkara yang menyelinap masuk di segenap ruang pelusuk pemikiranku ini. Doakan yang terbaik untuk Mieya ye semua :)

Salam bertemu lagi di lain entri :)


4 comments:

are_lin@yu said...

takutkan dengar..hnya bdang tertentu ja kerja byk..skrg org dh rmai..huhu

Miss N™ said...

mmg xdinafikanlah..kawan2 cik nur smpai sekarang x keje2 lagi..

Unknown said...

gud luck 4 u...i'Allah rezeki ade di mana2...=)

Razf said...

alhamdulillah trus dapat kerja lepas kluar dari U

Mungkin siswazah tu perlu keluar mencari kerja dan tak memilih kerja sangat. InsyaAllah lama2 nanti ada kerje

rezeki tak datang bergolek kan