Hari yang sibuk

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Syoknya cuaca hari nie. redup, suam-suam panas, lepas tu hujan, indah, permai, aman dan makmur. Mula lah Mieya rasa macam nak gunakan sepenuhnya masa hari ini untuk blogjogging sepuas-puasnya. Tapi, sayangnya kerana terpaksa batalkan hasrat murni itu di saat-saat akhir. 


Semua ini gara-gara, terdapat beberapa tempahan bagi kuih goyang lagi daripada orang yang sama. Padahal, baru aje semalam, Mieya bergoyang dengan kuih goyang bersama emak tersayangTakpe lah, rezeki takkan nak ditolak kan? tak baik.
mempersembahkan gambar kuih goyang dengan tangan cameraman yang turut sama bergoyang. hihi
Maka, dengan rela hatinya Mieya ketepikan dunia blog untuk seketika. Berbekalkan entri auto-publish di pagi hari tadi sehinggalah di saat ini, blog kelihatan sunyi sepi. Tiada pengunjung yang sudi bertandang kecuali pembaca setia sekadar sekerat dua.


Itu pon dah kira bersyukur sangat-sangat daripada takde. Apa pun, terima kasih Mieya ucapkan kepada semua yang sudi menempek kedua bijik mata mengadap blog pink Mieya nie. Jasamu amat-amat dihargai :)





8 comments:

Unknown said...

eemmmmm dapnye lame x makan ^^ nak nak

Unknown said...

sedapnyee.. fiza suka sangat makan kuih goyang.. bila fiza nak buat sendiri kuih goyang tuu mesti tak menjadikk.. dia suka melekat.. senang beli yang dah siap.. hehe..

Miss N™ said...

kueh goyang sebungkusss..!

Unknown said...

wah,mieya wat kuih goyang laa...rajinnyaaa...nak satu paket..ekeke

Unknown said...

@Cik Anis Nahhh *sambil hulur kuih goyang seketul*

Unknown said...

@Fiza Diaries Biasanya kalau melekat tu, bahan tu pekat sangat kot.

Unknown said...

@Cik Nur Bak sini duit. muehehe

Unknown said...

@Shima Meh sini duit dulu. muehehe