Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Ole-ole dari Bogor | Lapis Bogor

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Sepatutnya, entri ni Mieya dah up-kan, 2-3 hari sebelum kedatangan bulan Ramadhan 1435H. Tapi malangnya, satu bangunan tempat Mieya bekerja terputus bekalan elektrik selama dua hari berturut-turut.

Yang peliknya, bangunan di sebelah kiri dan kanan tempat Mieya bekerja tak ada pula mengalami perkara yang sedemikian rupa. Hal ini menyebabkan banyak kerja-kerja yang tertangguh. Sampai terpaksa bawa balik kerja untuk dibuat di rumah. T_T

Kebetulan, our marketing manager Mr. D berada di Jakarta, Indonesia bagi urusan kerja. Jadi, Mieya dan rakan sekerja yang lain bersepakat meminta beliau (a chinese guy) untuk membelikan ole-ole sebagai buah tangan daripada negara seberang.

Inilah ole-ole yang dimaksudkan tu.

Rupa-rupanya, Mr D tak tahu apa itu ole-ole.. Katanya, sewaktu berjalan-jalan di sekitar Kota Bogor.. beliau ternampak kedai yang menjual ole-ole (Lapis Bogor Sangkuriang) dan terus singgah untuk membelinya. hehehe Kelakar pula rasanya bila mendengar cerita daripada Mr D ni.


Nasib baik lah ole-ole yang beliau beli ni rasanya sedap sangat-sangat. Tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. And then, biasanya cheese tu mesti ada rasa muak, but alhamdulillah Lapis Bogor ni tak ada langsung rasa muak. Just nice gituw. Mencair air liur weh bila makan kek lapis ni. wuwuwu



Rasa macam nak makan lagi, tak puas lah kata kan. Harganya pon murah dan berbaloi. Insha allah, lepas ni boleh lah kirim dekat Mr D jika beliau berkesempatan untuk ke sana lagi.

Tekak Nak Makan Spaghetti Bolognese Pulak

Assalamualaikum wbt :)

Tadi masa lunch, sempat lah jugak Mieya melayan kehendak anak tekak yang manja kemain terlebih hari ini. Mentang-mentang lah, hari ini last day bekerja before bercuti empat hari for Chinese New Year. 

Tetiba bukan main lagi merayu-rayu nak makan Spaghetti Bolognese dari Secret Recipe. haha Baik punya alasan. Tak pasal-pasal anak tekak yang dipersalahkan.


Macam biasa, tapau dekat rakan sekerja yang setia melayan kehendak hawa nafsu makan Mieya berdua dengan Yana. 



Total harga untuk Spaghetti Bolognese + iced lemon tea dekat Secret Recipe hanya RM17.00. Itupon sebab masih lagi dalam harga promotion. Kalau harga biasa, tak tahu lah pulak. Dari segi rasa, sangat sedap kalau dimakan panas-panas gitu. Sebab ada campuran sos yang masam-manis, tak pedas and cheesy. I loike.

Ini pun, Mieya baru sahaja lepas menyelesaikan misi membersih serta mengemas office. Tu yang lambat sikit UP entri. Apa boleh buat, Manager intai gerak-geri melalui CCTV. Baru je feeling nak enjoy sebab Manager tak datang hari ni. TSK!

Keledek Ungu


Pernah tengok tak?

Pernah makan tak?

Inilah rupanya ubi keledek ungu. Tengok lah warna pon purple gituuu ^^

Boleh dipanggang @ direbus @ dibuat bubur pon boleh :D

Mieya baru pertama kali merasa. 

Sebelum ini selalu dengar daripada mulut orang je, tak berkesempatan nak merasa.

Tapi bila dah terhidang di depan mata. SEDAP rupanya!

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea dan tergolong dalam kumpulan Convolvulaceae.

Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.



Resepi Nasi Goreng Simple

Assalamualaikum wbt & Selamat berhujung minggu semua :)

Hari ini Mieya nak share resepi nasi goreng versi campak-campak yang Mieya selalu masak untuk hidangan anak tekak sendiri. Bab sedap atau tak, haruslah ditolak tepi. Dan apa yang penting perlu kena dengan selera dan masa untuk disediakan pon sekejap.

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah. Godek-godek peti ais, kabinet dapur dah boleh jumpa bahan-bahan nie semua. Lagi-lagi kalau korang nie pesen malas nak sepah-sepahkan dapur, and then kemas balik. hehe

Bahan-bahan :
1 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sebiji Telur (goreng hancur sampai garing sedikit)
2 Mangkuk Kecil Nasi
Garam secukupnya
Ajinomoto sebagai perasa tambahan

Cara-cara memasak :
1. Bawang Putih dan bawang merah dihiris halus. Kemudian, tumis sampai naik bau.
2. Masukkan telur yang siap digoreng tadi. Gaul rata.
3. Masukkan nasi. Garam dan Ajinomoto secukup rasa. Gaul rata.
4. Dah siap. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.


Macam Mieya, Mieya suka tambahkan lagi penyeri dekat nasi goreng nie dengan memasukkan hirisan hotdog dan juga sawi. Baru lah nampak berseri sedikit. Chewah :D

Ok. Toodle :D


Resepi Almond London


Assalamualaikum wbt :)

Kali ini Mieya nak share resepi Almond London. wuhuu! First time tau cuba buat. Itupun sebab adik Mieya suka sangat dengan biskut almond nie. So, Mieya pon cuba lah buat. And alhamdulillah. Menjadi jugak akhirnya.

Resepi Almond London



Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gram margerin
120 gram gula ising
80 gram nestum (dikisar halus)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
kacang badan secukupnya (potong dua lalu dipanggang)
sedikit esen vanilla
almond nib
1 peket badam 
coklat masakan (Mieya gunakan Beryl's Chocolate)
paper cup


Cara-cara membuat :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan nestum. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. (Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum)
4. Rehatkan dalam 15 minit.
5. Ambil sedikit doh, isikan badam di tengahnya. Lalu dibentuk menjadi bulat atau bujur.
6. Bakar pada suhu 150C dalam 15-20 minit.

Untuk salutan coklat pula..
1. Masukkan sedikit margerin bersama coklat masakan supaya kelihatan berkilat sedikit.
2. Cairkan adunan coklat dengan menggunakan teknik double-boiling. (Mieya gunakan teknik lain. Letak mangkuk di atas water heater, dan didihkan air sampai coklat cair.)
3. Bila coklat dah cair, masukkan biskut ke dalam paper cup. Sudukan coklat ke atas biskut tadi. Tabur sedikit almond nib di atasnya.
4. Biarkan coklat membeku. Kemudian, simpan ke dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Maizena

Assalamualaikum wbt :)

Kurang dari 14 hari lagi kita semua bakal bertemu dengan Hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya
mood hari raya kian terasa dengan alunan bermacam-macam lagu-lagu raya yang giat dimainkan di corong radio. Bagaimana pula dengan Mieya?

Alhamdulillah, tiap-tiap malam dah mula start buat kuih raya. Setakat ini, baru sempat siapkan dua jenis kuih sahaja. Maklum lah, ruang masa yang terhad di rumah. Kebanyakan masa, banyak dihabiskan di ofis.

Jadi, bagi menambahkan perisa (mood) menjelang hari raya yang bakal tiba tak lama lagi...
Kami semua telah mula berpesta dengan lagu raya di ofis (itupun time advisor dengan bos dah balik). kehkeh dasar pekerja bertuah :D (Dengan cara ini, tak ada la rasa lemau semasa menyiapkan kerja yang menimbun)

So tadi, Mieya saja-saja godek-godek keywords di Nuffnang. And then, ternampak ramai jugaklah
yang mencari keyword ni :

Now, Mieya nak share resepi biskut Maizena :

Bahan-bahan yang diperlukan :
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan tepung maizena
1 Cawan gula halus
1 Cawan margerin
1 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
sedikit baking powder

sebahagian daripada bahan yang diperlukan


Cara membuatnya :
1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
2. Dalam satu mangkuk yang lain, pukul telur sampai putih.
3. Kemudian, campurkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan gula halus dan mentega.
4. Masukkan tepung, esen vanilla dan sedikit baking powder. Uli sehingga menjadi doh.
5. Canai dan terap dengan acuan.
6. Boleh bubuh ceri, chocolate rice atau manik sebagai hiasan dan bakar.


Taraaaa...inilah hasilnya...!


Selamat mencuba dan semoga berjaya :)


Resepi Kuih Cara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak mencoretkan entri-entri berkaitan dengan makanan dan resepi. Maklum sahaja lah, hari-hari bizi mengalahkan menteri. kehkeh :D (padahal hari-hari berperang dengan jalan jammed, lalu menyebabkan Mieya lambat pulang ke rumah)

Okey, tanpa membuang masa, kali ini Mieya nak share cara-cara membuat kuih tradisional, yakni kuih cara. Cara pembuatannya yang ringkas, bahan-bahan yang diperlukan pon simple sahaja.. memudahkan lagi urusan Mieya.

Untuk makluman, Mieya telah mengecilkan sukatan bahan bagi mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini. Buat banyak-banyak pun bukannya boleh habis. Dan kesudahannya, akan ke tong sampah. So, bila buat dalam sukatan kecil nie, takde lah berlakunya pembaziran.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Letakkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Dah siap? Boleh lah dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba..

Resepi Apam Beras Tradisional

Assalamualaikum wbt :)

Tempoh hari Mieya ada share gambar apam kukus kan? Kemain cantik lagi naiknya kuih apam beras yang Mieya buat nie. Bertambah-tambah gebu nya, kata orang. Cewah~

Kuih apam beras ni merupakan antara kuih tradisional kegemaran keluarga Mieya dan kerap jugak lah Mieya dan emak dok berulang-ulang kali membuatnya. Selain cara membuat nya yang mudah, kuih ini juga sedap dinikmati sama ada sebagai sarapan pagi mahupun sebagai minum petang.


Okey lah. Tanpa membuang masa, marilah Mieya kongsikan bagaimana cara membuat kuih apam beras nie. Untuk makluman, Mieya menggunakan tapai yang diperap selama lebih kurang dua hari atau sehingga sedikit berair.

Tapi jangan risau lah. Bab nak membuat tapai ni, takde apa-apa pantang larang pon. Tak payah lah kalut sama ada jadi atau tak. Bantai je. Janji jadi tapai dan berair sedikit.


Cara membuat Tapai :

2 Cawan nasi sejuk
1/4 ragi

Gaulkan nasi dan ragi. Simpan ke dalam bekas yang bertutup. Biarkan selama dua hari atau sehingga berair sedikit.


Resepi Apam Beras



Bahan-bahan :

1 peket tepung beras (Mieya guna cap teratai)
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 peket eno
secubit garam
air secukupnya


Cara membuat :

1. Blend semua bahan kecuali eno. Blend sampai halus.
2. Tapis adunan ke dalam besen dan tutup bekas adunan (guna tutup periuk pon boleh). Perap selama 5 jam.
3. Didihkan air dalam pengukus.
4. Kemudian, campurkan eno dan bahan pewarna. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
6. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba ye !


Pulut Mangga

Assalamualaikum wbt :)

Bercerita pasal menu makanan idaman perut petang semalam. Selalunya makan benda yang sama sahaja di hujung minggu. Kalau bukan kek coklat, digantikan dengan pisang goreng, cakoi, dan putu piring. Kalau bukan rojak, sudah semestinya mee kari ataupun bihun sup. 

Menu biasa dihujung minggu kalau malas nak masak petang. Semua main pakat-pakat beli je kat gerai-gerai di sekitar Taman Medan nie.

Tapi semalam...


Buat pertama kalinya, Mieya sekeluarga menikmati pulut mangga. Tahu tak betapa kita-orang sekeluarga tak pernah tahu langsung mengenai kewujudan pulut mangga nie sehinggalah semalam? Kalau pulut durian tu, biasalah dengar dan makan.

Ohh ya! Menurut abah Mieya, penjual pulut mangga nie dulunya ada buka cawangan restoran kat Rawang. Tapi tak berapa nak laris sangat memandangkan kawasan yang agak kurang tumpuan. So sementara nak mencari tapak perniagaan yang lain, dia buka lah gerai kat sini.

Bagi Mieya sekeluarga, rasa pulut mangga nie memang kena dengan selera kami semua. Lagi-lagi, bagi penggemar buah mangga macam kita-orang lah. Memang cukup perfect hidangan ini, dengan rasa lemak dan santan yang melimpah ruah serta mangga yang manis dan tak terlalu keras.

P/s : Korang pernah makan ke pulut mangga nie?


Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


Wordless Wednesday #29 | Teringin

Sizzling Yee Mee

Kata Hati : Teringin nak makan benda nie sebenarnya. Last makan pon, time zaman sekolah dulu. Dah bertahun lamanya tak merasa benda nie.

Lepas nie, habis lah dapur emak Mieya sepahkan nak buat Sizzling Yee Mee punya pasal. Apa ada hal?

Resepi Mee Hailam

Assalamualaikum wbt dan selamat petang :)

Mieya nie, takde lah terror sangat dalam bab masak-memasak macam masterchef tu. Tapi, Mieya jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru.

Seperkara yang korang tak tahu pasal Mieya, Mieya akan mula memasak bila Mieya lapar atau teringin nak makan sesuatu. Bab jadi ataupun tak, sesejenis masakan tu. Mieya tolak tepi, yang penting perut terisi. kehkeh


Haaa... Ini Mee Hailam. Segala macam benda yang mempunyai hubung kait dengan mee nie, memang Mieya minat betul lah. Especially Mee Sup buatan emak. Sangat lain daripada yang lain sampai ke la ni Mieya masih lagi tak boleh nak hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mee Hailam nie senang je :

Bahan-bahan A : dikisar (blend)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cili kering (sesedap rasa. Kalau suka pedas, letak lah banyak sikit)

Bahan-bahan B :
Kiub Ayam
Sos Tiram
Kicap
Mee
Isi ayam / daging
udang / sotong
sayur (lobak merah, kobis bunga, sawi)
Sebiji telur
Bancuhan tepung gandum dan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dahulu.
2. Masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan bancuhan tepung. Kacau sebentar.
4. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam/daging dan tambahkan sedikit air.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila sudah empuk, masukkan sayur.
7. Masukkan udang dan telur.
8. Akhir sekali, masukkan mee. Kacau dengan penuh kasih sayang (ceh)
9. Siap untuk dihidangkan.

Senang kan? Petik jari pon dah boleh buat kan? eceh. Kalau petik jari tapi tangan tak bergerak, memang takkan siap lah sampai ke sudahnya.

Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak mencuba !

P/s : Oleh kerana ketiadaan pati ayam di rumah, Mieya just gantikan mee dengan maggi goreng. And then, boleh lah gunakan perencah maggi goreng tu sebagai bahan rencah ye ^^



Resepi Apam Gula Hangus Lembut, Enak & Sedap

Assalamualaikum wbt :)

Dah nampak tajuk entri kali nie? Yup. kali nie, Mieya nak kongsi resepi campak-campak bahan, pukul dengan penuh kasih sayang. Lepas tu, gaul dengan lemah lembut. And then, kukus sampai masak. Dah siap, tunggu dalam 2 ke 3 jam dan makan sambil tengok tv. hehe

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus serta cara-cara nak mengadun bahan-bahannya pon tak cerita lagi. Terus je skip dan cerita pasal kek dah siap. hahaha aci tak kalau macam nie?


Bahan-bahan :
1 cawan gula + air (dimasak di atas api sampai gula hancur)

3 biji telur
1 cawan gula
1 setengah sudu kecil baking powder
1 cawan santan/susu cair
2 setengah cawan tepung gandum

Cara-cara :
1. Cairkan gula pasir bersama air sehingga menjadi perang. Biarkan sejuk dan ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sampai kembang.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit. (senang cerita, cucuk-cucuk je dengan lidi and then, tengok sama ada dah masak ke belum)

Actually, dah lama Mieya tak makan kek nie. Sekali makan, mesti nak makan lagi sampai lah habis. Sambil-sambil makan tu, Mieya suka belek-belek rupa lubang yang terdapat pada kek nie. hihi dasar takde kerja kan?

P/s : Masukkan dalam acuan pon boleh sebenarnya. Tapi, disebabkan untuk hidangan pukal, takde lah Mieya buat.


Resepi : Homemade Kentang Putar

Assalamualaikum wbt :)

Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)

Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?

Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..

So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.

Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya : 
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos : 
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar 
½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.

Dan inilah hasilnya...
mashed potato

P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)


First Time Buat Donat

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Hampir seharian blog nie ditinggalkan sepi tanpa sebarang entri baru, bukan bererti blog tidak berhupdate langsung. okey? saje je nak regang-regangkan kepala hotak dengan menonton dua tiga buah filem melalui dvd player di rumah.

Dua tiga hari nie, rajin pulak nak mengajak emak untuk mencuba membuat beberapa hidangan untuk makan petang. So, Mieya cadangkan untuk membuat donat. Selalu makan yang beli kat gerai-gerai di tepi jalan tu, tak pon beli Big Apple kat Subang Parade sana. hikhik

Bersungguh-sungguh benar lah nak buat kuih donat, sampai minta resepi bahan-bahan nak membuatnya daripada jiran sebelah. Kebetulan, jiran sebelah tu memang buat bisnes kuih donat nie. Dan kuih donatnya sentiasa laku dijual.

Minta senarai bahan dan cara mengadunnya je. Sukatannya pulak just anggarkan sesedap rasa je. Senang cerita, main campak-campak je ke dalam besen. So, tak dapat lah Mieya nak share kan resepinya dengan korang. Kang tak jadi, naya je. huhu

Nah, hasilnya..

Tapikan. bentuk yang terhasil takde lah megah sangat. Ada something wrong jugak lah. Bila digoreng dalam kuali yang telah dipanaskan minyak, ada yang sampai hilang lubang dan ada yang penyet sikit. 

Takpe, percubaan pertama nie bila dimakan sedap jugak. Tu yang penting. haha. First time memang lah tak perfect. Nanti next time buat, insyaallah perfect jadinya.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Bergoyang Dengan Kuih Goyang Bersama Emak Tersayang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Setelah hampir empat jam dok bergoyang kaki dan tangan. haippp, jangan nak fikir yang negatif ye. Actually, Mieya baru sahaja selesai menyediakan kuih tradisional kita, iaitu kuih ros bersama dengan sang emak yang tersayang. 

Sebut sahaja kuih ros pasti ramai di antara kita yang dapat membayangkan bagaimana bentuknya serta kerangupannya sehingga membuatkan individu itu akan mengulangi makan. Bentuk seperti bunga membuatkannya dikenali sebagai kuih ros, malah ada di antara kita menyebutnya sebagai kuih loyang atau kuih goyang

gambar dari belas ehsan google
Selalunya, bila ada kenduri-kendara di kawasan perumahan Mieya, kuih goyang nie lah yang akan sang emak sumbangkan kepada tuan rumah untuk disajikan sewaktu aktiviti merewang dijalankan. 

Alhamdulillah. Biarpun kuih tradisional sebegini kebiasaanya dibuat di musim perayaan. tapi, tempahan yang kami terima dari jiran tetangga mahupun saudara terdekat amat-amat menggalakkan. Syukur alhamdulillah, semua ini berkat daripada rezeki tuhan.

Sambil-sambil dok goyang kaki di rumah, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan. Bisnes kecil-kecilan lah kata kan. hihi Ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Harap-harap begitulah hendaknya. Amin :)



Resepi Pavlova Yang Rangup Dan Lembut

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang cakap pavlova nie sedap di makan time petang-petang sambil layan drama kesukaan di tv mahupun youtube. So, Mieya pon try lah buat and then, rasa sendiri.

Wow.. Fantastic! Sampai meleleh-leleh air liur Mieya bila merasai sendiri pavlova hasil air tangan sendiri. Rasa lemak, manis, rangup di luar serta lembut di dalam. Besides, sesuai dimakan oleh pelbagai lapisan usia. Senang cerita, semua orang boleh makan. Wallah!


Nah, Mieya kongsikan resepinya disini.. Sila modify mana-mana yang patut.


Bahan-bahannya :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk hiasan/topping :
250ml whip cream
boleh guna kiwi/strawberry/anggur/blueberry

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul telur sehingga menjadi soft peak. Guna stand mixer je, senang ;)
2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ (berkilat) atau bahasa mudahnya, bertanduk. 
3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.
4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.
6. Letakkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak. 
7. Bakar adunan selama 50 minit - 1 jam.
8. Apabila sudah masak, buak pintu oven dan biarkan ia menyejuk.

Hiasan
1. Pukul whip cream,
2. Hias dengan buah-buahan yang masam.



Resepi Telur Bistik

Assalamualaikum wbt and holla to all readers !

Dah tengok title di atas? wah, wah, wah !  Sudah tentu you guys antara percaya dengan tak, bila dapat tahu aku memasak hari nie, kan? 

Well. Anak muda sekarang, setakat masak air dengan maggi, memang dah biasa dah tu. Cuba suruh masak masakan lain. Haaa. mahunya tak terpinga-pinga? 

tapi, menu masakan aku kali nie semestinya bukan maggi tau. Jangan salah sangka pulak. Kali nie aku nak try to cook something different dish iaitu, telur bistik.


Simple menu just only for me and also my lil sis. Disebabkan aku chef utama, so aku lantik adik aku sebagai assistant chef. Ecehh, masak benda senang macam tu pon perlu pakai assistant bagai. Puih !

Well, dah dia yang offer diri untuk membantu. Aku apa lagi kan? Dengan senang hatinya menerima dengan hati terbuka. Padahal dalam hati, berkata Senang kerja aku hari ini. hikhik

Tugas dia hanyalah sekadar memotong bahan-bahan masakan dan membasuh peralatan memasak nanti. while me, just cooking maa !


okey. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini ialah :

a) telur goreng                               
2 biji telur
sedikit daging/ayam
garam secukup rasa

b) sos
1 biji bawang merah (the BIG one)
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 biji cili merah
5 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Sayur (sedikit kobis bunga, lobak merah, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa


cara-caranya:
- bancuh telur, daging dan sedikit garam.. panaskan minyak dan goreng macam telur dadar.
- setelah masak, angkat dan simpan sebentar.
- panaskan minyak dalam anggaran satu sudu.. tumis bawang, halia, cili merah dan sayuran..
- masukkan sos dan perasa seperti gula dan garam secukupnya..
Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.


Mudah bukan? abah yang baru balik keje, terus ke dapur.. katanya, ada terbau something berbau sedap. So, aku hidangkan lah kat ruang makan. 

Masakan yang asalnya untuk santapan aku dan adikku telah berubah menjadi santapan keluarga.. hik3~ bangga pulak coz masakanku habis di makan tadi...