Tutorial : Cara Link kan Url Gambar Di Entri

Assalamualaikum dan selamat petang yang redup kawan-kawan sekalian :)

Okey, nampak title di atas yang panjang lagi berjela-jela tu? *angguk kepala* Dah jelas kan yang petang nie Mieya nak buat tutorial ringkas khas untuk blogger sekalian, terutamanya para newbie lah. Memandangkan ada yang tak tahu atau buntu, macam mana nak link kan url di gambar/banner.

Mungkin ada di kalangan kalian yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, ayuh kita mulakan tutorial ini.

1. Dashboard > New Post > taip entri seperti biasa
2. tengok gambar untuk langkah yang berikutnya.


Lepas korang klik Insert Image, ikut langkah dibawah nie pulak.

Macam mana nak copy link url gambar? Okey, pilih dulu gambar yang korang nak, then tekan right click. Nanti akan keluar popup, korang klik dekat Copy Image URL.

Kalau korang join segmen ke, giveaway ke atau kontest, pihak penganjur akan suruh korang link kan banner ke blog mereka kan? Nahhh, mudah je caranya, tengok gambar dibawah :)


Langkah terakhir, tekan je OK and then entri korang sedia untuk diPUBLISH. Sekian sahaja tutorial yang panjang berjela dari Mieya. Harap dapat membantu korang semua :)

5 comments:

norhidayu said...

thanx mieya... =) sebelum ni xtau pun macam mana nak link kan gambar.. =)

Unknown said...

@aYu Your welcome :)

Unknown said...

Mieya tq.blh tanya sikit cara ni cara yg sama ke kalu nk letak /promote banner url di website ads percuma? sory saya x IT.xmahir.tq lg sekali

Unknown said...

@hasliza muhamad Tak sama. Nanti Mieya ajarkan oke?

Gee Amani said...

salam...mia,cmne ye kte nk promote blog???bg org rmai msuk blog kte...sy xmhir la...bru nk blaja... :)