Nak berpisah tapi kekasih tak mahu

Nak putus tetapi kekasih pulak tak mahu berpisah.

Korang pernah berada dalam situasi tersebut tak? Di mana korang ingin berpisah dengan kekasih korang, mungkin kerana hubungan korang takkan boleh pergi jauh. atau korang dah takde hati dengan si dia? Atau mungkin juga, korang dah muak nak tengok muka dia. atau apa-apa sahaja la.

Tapi malangnya, kekasih korang tak merelakan kepergian korang. Dia tak nak lepaskan korang pergi jauh daripada hidup dia dengan alasan dia sayangkan korang, cinta mati dengan korang forever and ever.

Jadi, apakah yang harus korang buat supaya dia dengan seikhlas hatinya melepaskan korang tanpa wujudnya sebarang perselisihan faham?


Bagi Mieya, korang mestilah melakukan proses minta putus secara baik. Maksudnya, korang berterus-terang akan sebab-musabab kenapa korang tak ingin bersama dia lagi.


Ingat !! Korang tak boleh terus blah macam itu je tanpa memberikan sebarang penjelasan kerana itu akan meninggalkan memori yang tidak manis untuk dikenang dan mungkin membuatkan dia menyumpah korang sampai akhir hayat dia.

Korang juga tak boleh minta putus secara kasar-kasar jikalau korang tak nak muka korang terpampang di muka depan akhbar akibat dibelasah oleh kekasih. Kecoh satu kampung nanti. Malu besar kau !

Tapi, kalau korang dah berbicara secara baik dan dia masih tak mahu menerima pendirian korang, apa yang perlu dibuat lagi? Haa, gunakan sedikit trick supaya dia dengan sepantas kilat menghalau korang pergi jauh-jauh. Ayuh kita lihat DISINI (klik untuk melihat).


Jadi macam mana? Korang rasa boleh pakai tak cara Mieya bagi tu? Haha. Lupakanlah. Mieya bergurau sahaja. 


Macam Mieya cakap tadi, korang mesti bercakap dengan berhemah. Kalau dia seorang yang gentleman/gentlewoman, dia akan menerima pendirian korang. Lagipun cinta tak boleh dipaksa. Apa guna menipu diri sendiri, ya tak?  


Yang penting, kau berhak terhadap diri sendiri, dan kau berhak memilih apa yang terbaik dalam hidup kau. The decision is all yours. Segala keputusan muktamad adalah di tangan kau, selagi tiada apa-apa ikatan yang sah antara kau berdua.


p/s : Ini adalah sambungan dari entri terdahulu yang mana, ramai di kalangan korang yang masih mencari-cari tips untuk putuskan hubungan dengan kekasih masing-masing. 


Sekian, diharapkan entri kali nie sedikit sebanyak dapat membantu korang semua :)


1 comments:

Unknown said...

huhuh..
bagis tips..
boleh apply!