Malaysia Antara Negara Tertinggi Berisiko Hidap Diabetes

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)


Kebelakangan ini, Mieya baru perasan yang Mieya kerap kali menaip entri berbaur perasaan emosional atau lebih tepat lagi boleh menyentap seluruh pelusuk perasaan orang lain. hihi maaf ya kawan-kawan!


Biasa lah, lumrah manusia. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan perasaan kita dengan cara yang betul dan tidak membahayakan sesiapa. Jadi, nak tak nak sang blog menjadi mangsanya.


Hari nie Mieya ada perkara penting yang ingin dikongsikan bersama kalian. Mieya baru sahaja selesai membelek-belek laman mynewshub.my dan terjumpa suatu artikel yang bertajuk 2 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hidap Diabetes.  Diabetes atau nama lainnya penyakit kencing manis.


Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin mengatakan dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.


Peningkatan yang tinggi itu menjadikan Malaysia antara negara tertinggi berhadapan masalah tersebut di Asia dan dunia. Sehubungan itu, beliau meminta golongan yang berusia 20 tahun ke atas menjalani ujian saringan kesihatan bagi membolehkan langkah pencegahan diambil.
Diabetes antara penyakit berbahaya di kebanyakan negara dan sehingga kini terdapat 500 juta penghidap diabetes di dunia, membunuh empat juta pesakit setiap tahun dan membabitkan perbelanjaan rawatan US$378 setahun, katanya.
Rosnah berkata, amalan cara hidup yang tidak sihat seperti perokok tegar, kegagalan penjagaan makanan seimbang dan tidak bersukan merupakan faktor penyebab diabetes.

Berita dipetik daripada Mynewshub.my

2 comments: