Di saat semua blogger tengah marah kemain dengan rasa tak puas hatinya dengan perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mieya pulak kecoh dengan ceramah bagi santapan rohaniah bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.
Alhamdulillah, program semalam semuanya berjalan dengan lancar semalam. Meskipun dengan jalan raya yang sesak dengan lambakan kereta dan motor. Meskipun dengan lambakan gerai-gerai yang berdekatan dengan perkarangan masjid. Meskipun perkarangan masjid, tak kira sama ada dari dalam hinggalah di luar masjid dipenuhi oleh lautan orang ramai.
Syukur Ya Allah, rupanya masih ada lagi hamba-Nya yang dahagakan ilmu, yang dahagakan santapan rohaniah, yang inginkan perubahan dalam diri mereka. Walaupun pada siang harinya, telah berlaku satu lagi fenomena yang telah menjejaskan reputasi negara kita di mata dunia, iaitu perhimpunan Bersih 3.0 yang nyata, langsung tak memberikan apa-apa manfaat kepada para pesertanya.
Mieya bersetuju dengan artikel daripada mynewshub.my yang bertajuk, BERSIH 3.0 Adalah Kotor, Tak Hormat Undang-undang !
Untuk meneruskan pembacaan, sila tekan pada tajuk yang dihighlightkan di atas tu. Sekian, terima kasih :)
2 comments:
kann ?? tapi serius anys takut tgok darah tuu . ngeri . time berita tv3 .
@Isha Sams Ya, betul tu. Sangat mengerikan!
Post a Comment