Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
Adakah korang ada mengalami masalah letih dan lesu di awal pagi? Terlalu memikirkan sesuatu sampai fikiran menjadi padat serta menyesakkan kepala? dan kemudiannya, rasa malas mula menguasai diri korang? Pernah tak, pernah tak?
oh. Come on! Jangan mulakan hari-hari korang dengan pemikiran dan perasaan kurang berkeyakinan sebegitu. Hari nie, Mieya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan kalian pasal
perkara yang boleh dilakukan untuk terus bersemangat sepanjang hari.
- Sentiasa berfikiran positif
Pemikiran di awal pagi menjadi penentu kepada tahap kerja yang akan korang lakukan pada hari tersebut. Bayangkan jika pagi-pagi lagi korang telah memikirkan pasal masalah kerja, kewangan dan juga keluarga?
Sudah pasti tidak akan terlintas walau sedikit pon dalam fikiran korang untuk menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti.
Oleh itu,
biasakan berfikiran positif. Tetapkan dalam diri bahawa hari ini adalah lebih baik daripada semalam. Nescaya, korang mampu menangani setiap masalah dengan mudah.
Pastikan korang membuat perancangan awal mengenai aktiviti yang ingin korang lakukan pada hari tersebut. Hal ini adalah penting kerana
setiap orang mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri. Maka, perancangan kehidupan perlulah menggariskan matlamat yang diingini.
Terapi terbaik untuk otak adalah dengan menghirup udara segar di luar rumah.
Pastikan korang mengambil sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk menghirup udara di awal pagi. Ambillah bila-bila masa yang ada. dan nikmatilah udara segar di sekeliling kerana ini adalah cara untuk mendamaikan hati.
Sarapan pagi merupakan elemen yang terpenting yang harus dilakukan pada awal pagi. Namun, pastikan makanan yang diambil memberikan hasil yang sepatutnya kepada tubuh badan kita.
Jangan makan sampai terlalu kenyang kerana boleh menjejaskan prestasi kerja disamping menyebabkan cepat mengantuk.
Dah. dah. Cukuplah sekadar tiga elemen penting untuk tampil bersemangat di awal pagi. Selamat mencuba dan semoga berjaya semua :)
8 comments:
kena ikut ni.pg2 nk g kja msti lemau ja..hehe
salam kenal. wah macam best je infi ni..hehehe. i dah follow blog ni,follow i balik ye..tq..:D
Shiema selalu kalau hari isnin mesti set alarm awal sbb konon konon takmau monday blues lah. hihi
salam...
wau.. info yang menarik ni:)
thanks you!
selalunya pagi isnin yg lemah..almklumlah hari ptama minggu baru...
kalau bangun kul 12? hehe
@hamzah ian Itu bukannya pagi, tapi tengah hari dah. hekhek
hahah kena ikut ni hehehe :)first time singgah sini..
Post a Comment