Akhirnya, demam telenovela Bella Calamidades berakhir

Assalamualaikum korang :)

Hari yang sangat rileks. Mieya baru sahaja mensantaikan diri dengan menonton telenovela Sepanyol kecintaan hati. Dan semestinya, drama bersiri Bella Calamidades menjadi kecintaan hati daku.

Lagi-lagi bila Mieya dapat tahu bahawasanya minggu ini merupakan episod akhir bagi telenovela ini. Lagi bertambah-tambah semangat lah, Mieya nak menonton cerita nie. hikhik

Takpe, sementara belum lagi menjejakkan kaki ke menara gading. sementara itu jugaklah Mieya bebas untuk mencorakkan rentak kehidupan Mieya. Ye lah, takut nanti-nanti takde peluang pulak nak 'enjoy'kan diri sendiri di kemudian hari.


Dan semestinya, kedua-dua watak yang digalas oleh pelakon diatas membuatkan kita merasa meluat. terutamanya dengan sikap suka memberontak, mengada-ngada (gedik), berlagak tak bertempat, dan busuk hati mereka.


Manakala bagi ketiga-tiga watak di atas pula adalah sebaliknya. Ketiga-tiga watak ini lebih menonjolkan nilai-nilai kasih sayang, ketabahan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Meskipon banyak tuduhan, cercaan dan hinaan dari penduduk setempat yang dilemparkan kepada Lola (danna Garcia). Beliau tetap tabah, malah tidak menyimpan apa-apa dendam walaupon sehingga berbekas di dalam hati.

Jadi, memang banyak nilai serta pengajaran yang kita boleh peroleh daripada telenovela tersebut untuk dijadikan sebagai panduan kepada diri kita.


4 comments:

Miss N™ said...

cik nur xtgk pun.. huhuh

Anonymous said...

x tengok sgt telenovela nie..btw bleh thn la..done follow awk..hope sudi2 follow sye ye >_<

Qilah Khunnie said...

suka jugak tgok cerita nih . memang menyampah tengok watak priscila dengan mak dia tuh . tapi tak sempat tgok ending dia kemarin :(

Unknown said...

Ending dia so sweet.