Alhamdulillah, Nuffnang bagi BE lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi korang :)

Ohhh, gembiranya hatiku. Pagi-pagi lagi online, bukak dashboard blogspot, bukak akaun Nuffnang, and then tengok-tengok dah ada satu Buffered Earning (BE) atau dalam bahasa ibundanya Pendapatan Terkumpul. yang melekat secara tak sengaja kot. BE kali nie datangnya daripada DiGi HTC One V and X.


Alhamdulillah, rezeki daripada Nuffnang datang bertandang lagi. Ingatkan lepas dapat BE yang pertama hari tu, Nuffnang dah merajuk tak nak bagi BE dah. Tapi, rupa-rupanya tak.

Lepas je Mieya selesai mengemaskini status dan survey yang dikemukakan di Nuffnang semalam. tup tup, hari nie dah melekat satu lagi BE. Hati siapa yang tak gembira kan?

Walaupon menabung dengan Nuffnang nie lebih lembab jika dibandingkan dengan menabung Churpchurp, tapi takde hal selagi wujudnya sifat kesabaran. Ya, sabar dan sabar lah menanti duhai teman.

Mungkin kekadang blog kita tak layak untuk menerima BE dek kerana trafiknya yang merudum. Siapa yang tahu bukan? Atau mungkin juga pembaca blog korang hanya terdiri daripada satu spesies jantina atau satu jenis umur je. Atau mungkin juga sebab korang malas nak berinteraksi dengan pihak Nuffnang.

Nahhh, cuba cermin diri korang balik. Apa kesilapan korang jikalau masih lagi gagal memperoleh sebarang BE? Kekadang, hanya disebabkan oleh kesilapan kecil sahaja dah boleh membantutkan pertumbuhan akaun Nuffnang korang tau.

Fikir-fikirkan dan semoga ini dapat membantu korang :)

8 comments:

IsmahFirzanah said...

untungla :) tahniaahh mia

Mawardi yunus said...

untunglahkan

Liesa Azemi said...

Terangkan BE tu ape? hehehe :D Learning.

Unknown said...

nuffnang pilih kasih. damn! ahha

Unknown said...

Apa pulak untungnya?
Dapat pon secipot je. Nak tunggu button cashout keluar pon lambat lagi.

Miss N™ said...

kena selalu chek ke..? nur dah berabat tak chek...huhuhu

Unknown said...

@IsmahFirzanah Terima kasih :)

Unknown said...

@Liesa Azemi BE tu pendapatan drpd iklan yang pihak Nuffnang bagi. Kekadang ia memakan masa selama sebulan atau lebih, bergantung kepada trafik sesebuah blog la. Lagi lama iklan tu berjalan, lagi banyaklah income nya.