Problem yang tak pernah selesai

Assalamualaikum wbt dan selamat hari Jumaat (penghulu segala hari) semua :)


Dengan penuh impresi kebingungan di ceruk ruang kepala hotak dek kerana pening kepala yang menggatal tak mahu hilang, dah dua hari dah. Wajah skrin putih ini (dashboard blogger lah) ku tatap dengan penuh minat. 


Ya, di ruang blogger.com inilah yang sering Mieya perhabiskan sisa-sisa masa yang ada sementara menunggu tawaran belajar. Padahal nak hilangkan segala-macam-jenis problematik yang mengusutkan fikiran selama ini.


Problematik tu bukan suatu benda yang sangat masalah. Cuma, hidup adalah hidup. Kita ada banyak persepsi dekat sesuatu benda tu. Contohnya, bila kita tengok satu kotak tu, kita cuma tengok dari depan je. Manakala, orang lain tengok kotak tu dari sudut lain, mungkin dari belakang, atas, bawah. Siapa yang tahu kan?

Sesuatu masalah tu mungkin akan meninggalkan kesan yang sangat baik, atau sangat buruk. Kita tak boleh tahu. Cuma tengok macam mana cara kita handle sesuatu perkara tu. 



Sebagai seorang budak mentah yang umurnya baru menginjak ke angka 18 tahun, masih ada banyak lagi perkara yang perlu dicari, dikaji. Bak kata Salih Yaacob, 'gali gali lubang tutup lubang.. lalalaa~


Kadang-kadang, sesuatu masalah itulah yang banyak mengajar kita mengenai erti hidup dan membawa kepada satu pemahaman yang lain. Lain dari hidup kita yang sebelum ini.


Suatu masalah tu sememangnya kita boleh tukar jadi suatu yang sangat best. Sebagai contoh, perkataan bogel pun boleh jadi problem kan? Dari perkataan bogel tu, adakah bogel depan orang ramai? atau Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim tu? Tu contoh je ye. Jangan ambik serius dah la.

dah. Cukup setakat nie saje entri kali nie. Sama ada korang faham ataupon tak dengan apa yang hendak Mieya sampaikan nie, nasiblah. Sebab Mieya sendiri pon dah bertambah-tambah teruk pening kepalanya lepas habis baca entri nie. hikhik

4 comments:

Miss N™ said...

tanya sikit boleh..?
mcm mana ye nak buat iklan lepas enrty mcm blog mieya ni..?

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

tirahzairi said...

ada hikmah disebalik masalah yg kita dapat kan....smga tabah~

Unknown said...

@TiraPengemis terima kasih :)