Hujan lebat petang tadi baru saje berlalu pergi. Eloklah tu, seharian pagi nie dihurung dek sinaran matahari yang panas terik. At last, hujan turun mendinginkan serta menyejukkan lagi suasana petang.
Hujan lebat, nasib baik tak banjir. Dah. Ketepikan perihal hujan, panas, banjir ke, angin sepoi-sepoi ke. Yang pasti, hati Mieya tersentuh dengan kisah percintaan pasangan suami isteri nie. Haaa.. Kalau nak tahu tengok lah kat bawah nie.
Terpisah di antara jarak beratus ribu kilometer, pengacara TV3, Ally Iskandar yang baru diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea bagi meneruskan pengajiannya di sana.
Pengacara kecil molek itu menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.
“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.
“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.
“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,” katanya yang dipetik dari laman hiburan terkenal, Gua.com.my.
Artikel ini dipetik daripada mynewshub.my, Untuk meneruskan pembacaan, silalah berangkat kaki ke sana. Sekian, ikhlas dari hati Mieya ke hati korang semua untuk entri kali ini.
Hikhik. Terasa macam penyampai berita pon ada. ^^,
5 comments:
sweetnyerr..!
diorg ni ktgori bcinta lepas kawin kan....
Wahhh,sweet nya.Cian terpisah beribu batu.Tapi jauh di mata dekat di hati.Dalam hati ada taman,dalam taman ada rindu.Dalam rindu ada sayang.Dalam sayang???Pastinya ada cinta.Agagaga,melalutnya saya :D
mcari yg halal...
visit from blog cikgu zubir~~
^^
Pasangan yang comel kannn :)
alahai sweetnya diorang ni..:D
Post a Comment