5 Jenis Sahabat

Assalamualaikum wbt kalian dan selamat menikmati pagi yang ceria bersama nesvita :)

Cuba korang tanya kat sesiapa saje di dunia nie. Siapa yang tidak suka mempunyai kawan-kawan yang ramai? Namun, terdapat bermacam-macam jenis kawan yang ada tau. Setiap jenis memiliki ragam yang berbeza-beza yang boleh membuatkan korang pening kepala.

Kalau salah memilih, nahas hidup korang nanti. Silap hari bulan boleh menyebabkan masa depan korang tenggelam dek kerana hasutan si teman. Jadi, jaga-jaga ketika berkawan ya!

  • Kenalan
Kawan jenis nie selalunya suka bergaul di sana sini. Meskipun ada di kalangan kenalan korang yang jarang berjumpa, namun jangan memperlakukan sesuka hati terhadap mereka. Memadailah sekadar bersikap biasa-biasa, tidak terlalu akrab dan tidak terlalu sombong.

  • Kawan tikam belakang
"kawan tapi gitu-gitu aje". Komen sebegitu memang agak jarang kedengaran. Tapi, awas! Dia nie sebenarnya musuh dalam selimut tau. Dihadapan korang dia berlagak baik dan tidak ada apa yang berlaku. Tapi, di belakang, dia bercerita tak elok perihal korang. Ish, teruknya!


Alahai, inilah yang dikatakan sebagai backstabber. Jadi, kawan sebeginilah yang harus korang hindari.
Masa depan korang boleh terancam jika masih meneruskan persahabatan.

  • Teman Sepermainan
Kawan jenis nie memang selalu diajak bergurau. Selalu sahaja tidak serius dalam persahabatan. Kalau setakat selalu keluar bersama tu bukan satu masalah. Tapi kalau ada kisah sedih, usahlah bercerita kepadanya.

  • Sahabat
Korang memang rapat dengan kawan jenis nie sebab selalu sangat menghabiskan masa bersama. Kalian juga turut berkongsi hobi yang sama dan sering melepak bersama. Jadi, tak perlu risau jika korang takde tempat untuk mengadu kerana sahabat juga boleh jadi pendengar setia kisah sedih korang tu.

  • BFF
"They are VIPs in my life" Bff atau istilah panjangnya Best Friend Forever adalah antara orang yang penting dalam hidup korang. Tapi, untuk mencari BFF bukan semudah ABC. Salah satu syarat untuk menjadi BFF ialah tempoh perkenalan korang yang sangat lama sehingga sudah masak dengan perangai antara satu sama lain.


Jadi, diantara kategori tersebut, yang mana satukah kategori yang tergolong dalam senarai sahabat korang? Renung-renungkan dan selamat bersahabat!


0 comments: