Bertemu lagi kita di hari yang sama dengan entri yang kedua untuk hari nie. Wah, kemain lagi Mieya nie dari pagi tadi sampai ke petang, menghupdate mengenai Nuffnang ye? hikhik, Takpe. Ini semua sebagai perkongsian kita bersama jugak.
Nampaknya, ramai juga yang memberikan respons pada entri pagi tadi di mana Mieya telah mendapat Buffered Earning yang keempat untuk bulan Jun nie. Dan ternyata, ada yang masih tak tahu apakah itu Nuffnang nie?
Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan untuk blogger sekalian selain advertlets, heartbeat dan lain-lain. Di mana para blogger boleh menjana pendapatan sampingan (duit poket) sambil berblogging.
Kiranya macam Churpchurp jugak. Tapi bezanya, Churpchurp boleh dikongsikan melalui medium lain seperti blog, tumblr, twitter, facebook manakala Nuffnang hanya tertumpu di blog sahaja.
Untuk mereka yang baru mengenali Nuffnang nie, korang boleh mendaftar mengikut tutorial DISINI. Dan selepas mendaftar, korang perlu meletakkan ketiga-tiga jenis iklan Nuffnang seperti yang ditunjukkan di tutorial INI.
Seterusnya, ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah :
- Nombor Satu - Pastikan korang telah meletakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul
- Nombor Dua - Isi borang kaji selidik ini dengan betul
- Nombor Tiga - *PENTING ! Sila isi maklumat yang diperlukan dengan penuh berhemah macam mengisi borang temuduga untuk dapatkan kerja.
Dah siap? Okey, sekarang jom kita kenali apakah jenis-jenis iklan Nuffnang.
Apa itu BE / Buffered Earning?
BE ialah iklan yang berjalan di blog kita. Kiranya memang masyuk lah kalau korang dapat iklan nie. Bila tiap kali bloggers lain terjah blog kita then dorang klik iklan BE tu, makanya kita akan dapat duit lebih dari situ. Lagi banyak Unique Visitor lagi banyak lah boleh jana pendapatan.
Apa itu ME / Metered Earning?
ME adalah iklan BE yang dah habis berjalan di blog kita. Kiranya dah tamat tempoh pengiklanannya di blog kita. Then amaun dari iklan BE yang tamat tu akan di kreditkan ke ME.
Apa itu CPC / Campaign Per Click?
Campaign adalah iklan yang dikira bila iklan diklik oleh bloggers lain. So bila ada orang klik, baru dapat duit. Tapi AWAS ! Jangan main klik-klik iklan sendiri sebabnya salah di sisi T&C Nuffnang. Jika didapati bersalah, akaun Nuffnang korang boleh dibekukan atas kesalahan berkenaan.
10 comments:
nice entry..tp sy dh xbleh log in nuffnang..cmne ek?? sblumni bleh je.so dh xdpt nk cek cash kt nuffnang..
@profmie Tak boleh log in? Try hantar ticket kat Nuffnang :)
nice entry....tapi dah tak guna nuffnang sebab dia kedekut sgt kadang2.. =)
@BlogHafizRahman Kadang2 je kan?
nuffnang memang kedekot sikit lah, BE baru sekali je dapat tu pon dah bekurun, apatah lagi advertorial sama je sekali, nasib lah cpuv tu tiap minggu masyuk, kalau tak lama dah bye3 nuffnang
@jal Actually, Mieya pon macam tu jugak. Dapat BE pon dah jarang2 dah. Maybe kebanyakan iklan dicatu
nice...cik siti da lama join nuffnang ni...tapi tak pernah lagi cashout...huhu
@eimah siti Maybe ada yang tak kena dengan maklumat di survey dan kandungan blog?
tq share..done click iklan hipshop jugak..hehe
Good tip yang harus dipraktikkan. Hehe
Post a Comment