Sungguh tak best hari nie, bila Melihat keadaan langit yang pucat serta putih melepak di luar sana. Ke mana perginya langit biru yang kami semua dambakan? Ke mana hilangnya sang matahari yang cantik kekuningan idaman semua? Ke mana?
Apa yang ada sekarang ini hanyalah pemandangan yang samar-samar. Dan Mieya sekarang nie boleh diibaratkan sebagai orang tua kehilangan tongkat bila berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan. Keadaan sebegini sangat-sangat tak ohsem bagi Mieya.
Untuk makluman, Mieya baru sahaja lepas membaca berita daripada laman Mynewshub.my dan menurut artikel ini, ternyata memang benar telahan Mieya. Jerebu sedang melanda di kota raya kita.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Shah Alam, Selangor berada pada tahap tidak sihat.
Kemerosotan kualiti udara mula dikesan sejak pukul 2 pagi semalam di beberapa stesen di sebelah pantai barat Semenanjung iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Pelabuhan Kelang, Selangor.
Tetapi pada pukul 11 pagi ini kemerosotan kualiti udara telah dikesan di beberapa stesen lain iaitu di Seri Manjung, Perak serta di Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor.
Punca utama kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Perak dan Lembah Klang pada pagi ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera.
Jom tengok aksi lucu daripada Chipmunk DISINI !
P/S : Klik sini dan sini untuk mengetahui berita yang menarik. Terima kasih :)
8 comments:
tau tak apa.. kat klang ni pun trsa gak pucat langitnya..
patutlah berkabut je pagi td smpi tgh hari. huhuhu
ohh patutla ptg tgk sekitar rumah jerebu, tu rasa mcm pelik. kenapa kelam jea kan. aduss..
ni kalu drive pn tkot gk ni...huhu
@CINTA UNTUK KITA Kat sini pon apa kurangnya.
@RazFiRa sampai ke hari nie jugak.
@Nur Aischa Asap kebakaran dari Sumatera dibawa angin ke Malaysia.
@::CIK LYNN:: Ha'ah. Memang bahaya.
Post a Comment