Kenapa Gagal Menjana Pendapatan dengan Says?

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat para pengunjung sekalian :)

Entri hari nie merupakan entri sambungan untuk entri ini dan ini. Oleh sebab masih ramai yang masih blur mengenai Says, tak tahu macam mana nak kongsikan iklan, tak faham dengan konsep Says.

Takpe. Mula-mula, memanglah macam tu. Tapi, kalau sekali korang dah berjaya menjana pendapatan walau 20 sen, di situlah korang akan mula merasa kepuasaannya. Korang akan kembali bersemangat, mencuba dan terus mencuba sehinggalah korang berjaya mencapai pendapatan yang lumayan.


  • Macam mana nak share iklan di Facebook dan Twitter?
Okey, Mieya ada tunjukkan langkah-langkahnya >>disini<<. Ikut langkah demi langkah okey? Kalau tak faham, sila lah rajin-rajinkan diri anda untuk bertanya. Jangan risau, Mieya bukannya spesies suka makan orang.

  • Link saya sudah diklik (mendapat unique visit) tapi kenapa tak dapat ganjaran?
Korang hanya akan diberi ganjaran jika mendapat unique visit daripada link unik korang. Kalau tak dapat tu, mungkin kerana korang :
  1. tak mendapat kunjungan yang tak unik. Apa itu unique visit? >>klik sini<<  
  2. Tempoh bagi sesuatu kempen telah selesai dan kesemua ganjaran bagi kempen telah diberikan.
  3. Korang telah mencapai nilai maksimum yang telah ditetapkan bagi sesuatu kempen.

  • Saya telah menjemput kawan-kawan untuk menyertai Says, tapi mengapa saya tak dapat RM 1 untuk itu?
Ini adalah untuk memastikan korang memperkenalkan Says dengan lebih terperinci kepada kawan-kawan korang, membimbing mereka untuk berkongsi iklan. Bagaimana nak kongsikan iklan? 
Dan apabila mereka telah berjaya mendapat RM0.60 yang pertama, secara tak langsung RM1 akan dikreditkan terus ke akaun korang.

So, mudah kan? Jangan lupa kongsikan info ini dengan kawan-kawan. Tak guna lokek ilmu, bukannya boleh dibawa mati pon harta dunia nie.



5 comments:

Unknown said...

Oooo .. mcm tu .. faham-faham .. ^__^

www.anastasyea.com

kindergartenlibrary said...

kalau nak cash out , mek berapa lama masa nak dapat wet nya ?

Unknown said...

@Nelly The Strange Bila earning dah cecah RM50, dah boleh cashout dah. Payment akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank dalam masa seminggu.

NoorBieLover said...

saya dah cuba,baru 2 hari..Alhamdulillah,earning sy naik walaupun xsmpai RM3.00.kiranya jadi la jgk kan?keyakinan tu bertambah la ckt..hihi

Unknown said...

@Noor Sehari dapat rm3? Wow, banyak tu !