Agaknya, masih adakah makhluk di muka bumi nie yang sudi membaca penulisan Mieya? Harap-harap ada lah ye, walau hanya seorang dua manusia yang sudi menegur Mieya di kala ini pon, Mieya dah kira bersyukur sangat-sangat.
Ya, memang sejak akhir-akhir ini Mieya tidak hyper aktif blogging, blogwalking dengan kuasa kuda seperti dahulu. Mieya sedar. Banyak faktor sekeliling yang perlu dititik berat sebelum meletakkan sepenuhnya tumpuan ke arah blog.
Bermula dengan mood di samping masa yang sesuai dan seterusnya sebanyak mana idea yang dapat dihasilkan oleh otak. Itu semua saling bergantungan antara satu sama lain.
Kalau ada mood tapi idea muncul di masa yang tak sesuai pon. Kadang-kadang tak kena jugak kan. Nanti, mesti ada yang rasa aneh melihat entri yang dihasilkan tidaklah segempak seperti yang diharapkan. Jadi, daripada mengambil risiko sebegitu rupa, maka Mieya kuburkan niat untuk menaip. Dan digantikan dengan aktiviti lain.
Hal ini menyebabkan para pembaca malas nak meneruskan pembacaan sampai ke penghujung ayat. Termengah-mengah nak habiskan pembacaan katanya. Dan mungkin ada juga di kalangan mereka yang terkejar-kejar nak baca entri yang mana satu. Akhirnya, ruang chatbox dibuka untuk meninggalkan jejak. Habis cerita.
Jadi, apa motif Mieya timbulkan entri nie sebenarnya? Apakah sebenarnya yang Mieya ingin perjelaskan disini? Haaa.. senang je. Letakkan diri korang di tempat para pembaca, dan disitu korang dapat membuat penilaian sendiri. Pasti.
13 comments:
a'ah..kna bijk bahagikn masa..
emm..selalu saya buat macam tu.letakkan diri di tempat para pembaca..tapi jiwa tetap tak sama..hihih..
hmmm, betol sngt2, kdng2 kita jew syok sendiri menulis, padahal org lain bukan bace pun ==" xpe2, dari situ kita akan dapat menilai sejauh mana kebolehan kita dlm menulis sesebuah entry ^^
thank you for the info...
new here
do visit mine too
^_^
ok paham ! berita terima roger and out.
element penting dalam entry, bagi saya yg orang selalu lupa adalah menjadi diri sendiri. so saya suka yang tak berlakon, tak fake n natural je. conton blog PEEJBURHAN. best.
menulis ikut gerak hati.. tengah2 tidur. dan tersedar.. dan ketika itu sy mampu menulis.. hehehe..
@Noor Biasa letew. Kejap rasa okey, kejap rasa tak.
@Wanie Setuju :)
@Azza Azman Ouh, tak kenal pon sape peeejburhan tu.
@En Tapi Wah, hebat. Mieya sebelum nak tidur baru idea keluar. tu pon takdenya nak berblog. Tidur diutamakan dari berblog :)
info ni sgt berguna.hee ^^
@AyaZuki Is Cullen Thank you :)
Post a Comment