Fesyen Sesuai bagi Si Petite

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Entri kali nie ditaip khas untuk kaum kita aja okey. Pak Ali, Pak Abu, Mirul, Amir juga rakan-rakan seangkatan jantina dengannya dilarang membelek-belek entri kali nie. hikhik, nampak sangat betapa kejamnya Mieya hari nie.


Ohhh, diharapkan korang semua janganlah terasa hati mahupon rasa touching dengan statement Mieya kat pendahuluan tuu. Saja je nak hangatkan lagi hati korang tu. kehkeh.


Okey, dah tengok title post entri hari nie? Jadi, seharusnya entri kali nie berkaitan untuk korang, duhai si gadis petite! Siapa cakap orang yang berbadan gempal sukar untuk mencari pakaian yang sesuai? Begitu juga dengan si kecil molek? Haaa.. sape? sape?


Sebenarnya, ia adalah satu kelebihan bagi korang yang bertubuh genit, di mana baju yang besar boleh diubahsuai menjadi kecil. Pelbagai cara yang boleh dipraktikkan dalam berfesyen bagi golongan sebegini. Ayuh, kita tengok!


Satu warna
Pakai pakaian dari rona warna yang sama dari atas sampai ke bawah. Bagi menutup kekurangan seperti ketinggian, padankan seluar atau skirt labuh yang senada dengan warna baju. Antara warna yang sesuai ialah warna-warna gelap.


Sesuai dengan tubuh
Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit amat penting agar tidak nampak canggung. Kalau boleh, jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan aneh dan mungkin orang akan mengecop sebagai baju pinjam.


Garisan menegak
Pilih baju dengan garisan menegak. Baju tersebut tidak semestinya mempunyai jalur yang menegak. Cukuplah sekadar potongan yang menegak yang menampakkan tubuh genit korang seperti tinggi. 


Berkolar V
Pilihlah top atau jaket yang berkolar V atau berbentuk U bagi menampakkan leher supaya kelihatan lebih jinjang.


Kasut Tumit Tinggi
Haa, ini antara jalan penyelesaian yang paling mudah yang semua orang boleh buat. Jangan sesekali memakai kasut silang yang mempunyai banyak tali kerana ia hanya akan menampakkan kaki korang lebih pendek.


Pemakaian Aksesori
Elemen aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Elakkan dari memakian baju yang sarat dengan seperti manik dan labuci. Elakkan juga dari memakia beg tangan yang besar. 


Katakan "tidak" pada mini skirt
Tolak keras-keras pada gaun pendek atau mini skirt. Kaki korang hanya akan kelihatan lebih pendek dengan skirt mini yang lebih tinggi paras lutut.


Potongan seluar yang lurus
Pakai seluar atau jeans yang mempunyai potongan yang lurus. Daripada segi tali pinggang pula, pilih tali pinggang yang nipis dan tidak lebar bentuknya.


Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu korang dalam menyembunyikan kekurangan diri korang terutamanya ketinggian. Selamat mencuba ye semua!





14 comments:

ezyra taharin said...

gud in4mation ...
:)

Miss N™ said...

mini skrit tu, mmg nur xpakailah..
dan skrit labuh pun nur xreti pakai.huhuh..

tai...tapi... teringinlah nak pakai skrit labuh..cuma takut tak sesuai....!hahaha

Unknown said...

@ezyra daniel Thank you for dropping by here :)

Unknown said...

@Cik Nur Haha, macam-macam lah cik Nur nie :)

Unknown said...

haha..tp eyra pakai tibai je fesyen nie..jnji kene..

sudi-sudi terjah entry baru :
http://esyahira.blogspot.com/2012/06/twitter-di-follow-oleh-artis.html

Unknown said...

@Eyra Syahira Tapi still kena berhat-hati jugak. bimbang nanti nampak canggung.

Anonymous said...

hahahaa saya juga tergolong dlm spesies petite, yeah such a good information. saya sekrang pun tgah bljar mix and match bju. hehe

Unknown said...

@Nur FatIn aDiLah bT azMi Good luck :)

Razf said...

tp ramai yg petite pki skirt pendek.. hurmmm silap rupenye

Unknown said...

@RazFiRa Ya, itu adalah kesilapan bagi si gadis petite.

fareiyka said...

agak2 saye ni petite x ? haha :p

Unknown said...

@fareiyka Sorry dear, you're not one of the type of petite.

Anonymous said...

saya juga tergolong dlm spesies ni. ahahhaa. Kadang2 takut jugak nk berfesyen. tp kne berani lah .tak sgka ada yg memuji. hehe kembang gamaknya

Unknown said...

@Nur FatIn aDiLah bT azMi Golongan sebegini seharusya berani untuk bereksperimen dengan diri sendiri.