Header blog dah bertukar wajah :)

Assalamualaikum dan salam muhibah semua :)

Bangun pagi-pagi, buka laman blogger.com, lepas tu letak tangan di dahi, kerut kening sikit-sikit. Agak-agak dah ada line dua tiga, Mieya bertanya pada diri sendiri, "Nak buat entri apa ya hari nie?"

Lalu, dengan sepantas kilat kepala hotak menjawab, "Bagus kau Mieya, apa kata kalau kau pergi tidur balik, aku perlukan rehat yang secukupnya untuk kembali cergas."

Baiklah, Mieya tahu, Mieya dah pon memperuntukkan hampir dua jam masa tidur Mieya untuk membuat sedikit perubahan dekat blog Mieya nie haa.. terutamanya dekat header tu. Ramai yang cakap, kalau header Mieya ditransparentkan baru bertambah cun.

Bukannya Mieya tak teringin tapi Mieya tak reti nak memanfaatkan penggunaan photoshop tu. Tiap kali buat header disitu, tiap kali tu juga header Mieya tu tak boleh di save. Dan akhirnya, Mieya menjadi putus asa lalu langsung mengabaikan kewujudan photoshop tersayang.

Dan semalam, selepas puas membelek-belek gambar, tacap sana sini di photoshop. Jenuh juga lah Mieya mengerah jari-jemari serta kepala untuk menyiapkan header nie. Dan hasilnya.... taraa...


Agak simple aje kan? hihi maklum lah, Mieya baru je nak berjinak-jinak dalam dunia photoshop. Lain kali boleh cuba lagi, buat yang lagi gempak daripada ini. Insyaallah.

So, apa pendapat korang terhadap header baru Mieya nie? Nak tahu juga. Tinggalkan komen korang mengenai header baru Mieya nie di ruangan komen entri nie ye? Terima kasih :)

4 comments:

Himawari Mirsada said...

nice header dear..=)

Gdsbnga said...

yg ni lagi simple dari dulu but still omel ^^

Miss N™ said...

simple tapi kiut..!

oklah tu, nur dulu lagilah, langsung xde header...hahahaha

Unknown said...

@elyna mirsada Thank you :)