Entri Penghargaan Dari Says

Assalamualaikum wbt kalian :)

Dengan penuh rasa bersungguh-sungguh Mieya mengerah kepala hotak seiring dengan jari-jemari saling bekerjasama dalam menghasilkan entri kali nie. Dengan harapan tinggi melambung-lambung macam Mail Lambung yang korang akan membaca entri ini.

Lantas sekaligus dapat menaikkan semangat korang untuk berusaha sebaik yang mungkin demi mendapatkan ganjaran yang serupa dengan apa yang Mieya rasakan. Ya rasa kepuasan, keseronokan dan penuh keterujaan.

Alhamdulillah. Rezeki dan ganjaran untuk diri sendiri dalam menghabiskan lambakan masa terluang di rumah dengan melayari internet. Di samping meluangkan masa dengan aktiviti kegemaran seperti berblogging dan bertweeeting, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan sampingan.

Memandangkan sejak dua menjak nie, Mieya kembali mengaktifkan diri dengan Says seperti entri-entri yang pernah Mieya pos kan sebelum nie :


Dan terkini, Mieya telah menerima emel beserta ucapan penghargaan daripada pihak Says setelah berjaya mendapatkan maksimum klik unik bagi satu kempen



Alhamdulillah. Ini semua hasil yang Mieya peroleh setelah merajinkan diri untuk mempromosikan kempen Says di Twitter dan juga di blog.

Walaupun takde lah sebanyak yang pernah korang dapat. Tapi Mieya puas hati kerana Mieya boleh berjaya mendapatkan klik bersih tanpa saling bertukar klik, atau menggunakan chatbox sebagai medium untuk kaut keuntungan sendiri. No, Mieya tak buat kerja tak baik itu. Takkan sesekali dah.

Yang penting, kita perlu ada matlamat yang jelas beserta dengan keyakinan diri yang kita juga boleh menjana pendapatan tanpa membuat sebarang penipuan. Insyaallah, selagi kita berusaha selagi itu kita mampu mengecap kejayaan :)



4 comments:

NoorBieLover said...

wow..tahniah..brjaya sapu bersih!! yg dlm chatbox tu mmg ada la rupanya..ingtkan link dia punya blog,rupa2nya bila sy klik link says plak dah..

Cikgu Vina said...

assalamualaikum..hi..saje bertandang sini,,kalo free datanglah rumah sy..

Unknown said...

@Noor Terima kasih :) Spam link ads di chatbox sangat berbahaya. Sekali akaun kena banned, susah nak dapat balik.

Unknown said...

@Si Tuyuk Waalaikumussalam. Hai, terima kasih sudi bertandang ke blog Mieya. Nanti Mieya singgah blog awak balik ye :)