Nie yang eksaited kemain bila ada medium menjana pendapatan melalui internet nie. Sambil online, sambil meluangkan masa dengan aktiviti yang kita suka seperti blogging, tweeting dan juga facebooking, sambil tu juga boleh dapat duit dengan hanya duduk goyang kaki serta gerakkan jari-jemari yang meruncing.
Mungkin dah ramai yang dah join Says.my nie dan mungkin juga ada yang terpinga-pinga, masih tak faham mengenai konsep Says yang sebenarnya. Jadi, kali nie Mieya wujudkan entri nie khas untuk korang yang tak tahu lagi.
Untuk makluman semua, Says nie antara komuniti pengiklan di Malaysia. Konsepnya sama seperti Churpchurp jugak. Kongsikan iklan mengenai sesuatu produk di laman sosial, bila ada orang yang klik. Maka, secara tak langsung duit pon masuk jugak.
Apa kelebihan Says jika dibandingkan dengan Churpchurp?
Ya, memang ada perbezaan yang ketara sedikit antara Says dan Churpchurp. Antara perbezaannya ialah :
- Jumlah bayaran bagi sesebuah kempen adalah sama rata untuk semua
Berlainan pula dengan Churpchurp, jumlah bayaran untuk satu iklan misalnya RM400 (untuk 300 000 ribu orang). Maka, semua orang perlu berebut-rebut untuk mempromosikan kempen sehinggalah berakhirnya iklan tu. Konsepnya sama macam Says, di mana bayaran per klik ialah antara 20-40 sen. Yang lainnya, kempen Churpchurp nie sekejap je habis.
- Pendapatan dikemaskini setiap kali link kempen di klik
Berlainan dengan Churpchurp, jumlah pendapatan dikemaskini dalam masa 12 jam. Begitu pon, konsepnya sama juga dengan Says. Misalnya, jika seorang klik link iklan, korang dah dapat 20 sen. Cuba kalau 100 yang klik? Haaa.. banyak tu! Sebab tu, korang kena ada strategi yang berkesan untuk tarik minat orang lain untuk klik link tu.
- Payment RM50 ke atas secara terus ke dalam bank
Apabila akaun Says korang dah cukup jumlah minimum RM 50, korang dah boleh cashout earning korang tu. Pihak Says akan memproses dan akan dikreditkan terus ke account bank korang. Bagi budak-budak sekolah di bawah umur pun boleh join kalau nak. Tapi mesti minta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu lah sebab ianya memerlukan nombor akaun bank untuk mendapatkan bayaran.
- Cara untuk sebarkan iklan kempen
Senang je. Korang boleh pilih sama ada nak sebarkan menggunakan facebook ke, twitter ke, atau blog masing-masing. Mudah je kan? Contohnya macam nie :
Kalau masih lagi tak faham, sila klik link nie Cara Nak Share A Campaign. Kat situ Mieya ada tunjukkan cara-cara nak berkempen dengan efektif.
12 comments:
nelly dah join ! memang best !! ^^
Kak, iklan says ni berapa lama ek dia 'beroperasi'? Sebab ya saya baru je buat IC dua hari lepas. Nak tunggu siap IC tu bulan tujuh ni. Jadi bulan tujuh barulah saya boleh buat akaun bank. Saya takut tak sempat nak join iklan ni. Kalau nak min tak nombor dengan mak ayah saya, takut diorang tak nak bagi pulak! Huhu...help me please! :'(
ingatkan says ni spam
Lelaki Kacak
haha ketinggalan laney....churp dikemas kini 2 kali sehari jam 11 pagi dan 4 petang manakala say setiap jam bukan setiap kali diklik....aku lebih suka kan churp
ohhh... camtu pula! Thanks for sharing! :D
@Miss NR Okey, Mieya dah terangkan di blog awak. Hope membantu :)
@azri johan Jangan salah sangka. Says nie lebih kurang macam churpchurp jugak. bukannya spam.
@amirul ilham Awak yang salah. Says dikemaskinin setiap kali link diklik. Bukannya pada setiap jam :)
@HenRy LeE its my pleasure :)
yup mmg betul, says lagi bes.. update cpt.. bayar pun cpt.. takat ni alhamdulillah, setiap bulan lebih 100 leh dapat dengan says. Tak pakai fan page besar pun.. janji fan page tu responsif..
@amirul ilham di kemaskini 2 kali sehari la sangat.. akunyer churp2 sebulan baru nk update.. tu pun ade yg xupdate.. pdhal klik byk je.. lolx..
@Terbakor 100 lebih?!! Wahh, banyak nyaaa !
Post a Comment