Showing posts with label Buat Duit dengan Facebook. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit dengan Facebook. Show all posts

5 Cara Buat Duit dengan Facebook Page

Umumnya kini, social media bukan lagi sekadar ruangan untuk bersosial, berkomunikasi serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia sahaja.
Ia juga boleh jadi sebagai salah satu lubuk emas untuk menghasilkan pendapatan. Di Amerika Syarikat, laman sosial media khususnya Facebook memberi laluan kepada penggunanya untuk membina perniagaan.
Selain daripada menjual produk fizikal seperti pakaian, makanan dan sebagainya, terdapat banyak lagi alternatif yang boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan baru.

Berikut adalah pendapat pakar pemasaran Facebook iaitu Mari Smith, mengenai strategi buat lebih banyak duit di laman sosial media khususnya Facebook:
#1 – Jualan Facebook Pages
Dalam kes ini, kita menyelesaikan masalah orang ramai untuk memiliki Facebook Pages yang sudah mempunyai jumlah ‘Likes’ yang tinggi. Mereka tidak perlu melaburkan masa, wang dan tenaga yang banyak untuk membina dari peringkat awal.
Biasanya harga jualan Facebook Pages boleh mencecah lebih RM1,000. Bergantung pada jumlah ‘Like’, kadar aktif di antara pengguna Facebook, dan hubungan dengan pemilik Facebook Pages.
Terdapat beberapa laman forum yang sentiasa mempunyai pelanggan yang mahu membeli Facebook Pages. Antaranya adalah:
  • Wicked Fire.
  • Warrior Forum.
  • Digital Point Forum.
Facebook Pages yang bernilai tinggi adalah Facebook Pages yang mempunyai tiga elemen seperti yang disebutkan sebelum ini. Justeru itu, jika kita mahu menjual dengan harga yang tinggi, maka tingkatkan kualiti Facebook Pages.
#2 – Jual Iklan Di Facebook Pages
Banyak perniagaan mencari alternatif untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Sekiranya kita mempunyai jumlah ‘Like’ yang banyak iaitu melebih 10,000, kita boleh menawarkan perkhidmatan pengiklanan.
Iklan boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti:
  • Pengiklanan berbentuk teks.
  • Pengiklanan berbentuk gambar.
  • Pengiklanan berbentuk video.
Cara untuk melakukannya adalah menghubungi syarikat yang berkaitan dengan niche Facebook Pages kita. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages tentang tip-tip masakan, kita boleh menghubungi syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, restoran dan sebagainya.
#3 – Jual Aplikasi Facebook
Facebook juga memberikan peluang kepada para pembangun aplikasi di seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran mereka, menerusi ruangan Facebook Apps. Pasaran ini bernilai USD ratus juta.
Rujukan pasaran Facebook Apps boleh didapati menerusi https://apps.facebook.com/marketplace/.
Buat duit dengan aplikasi Facebook boleh dibahagi kepada dua cara iaitu:
  • Jual iklan.
  • Naik taraf kepada servis premium daripada percuma.
#4 – Jual Produk Orang Lain (Dropship)
Atau lebih mesra disebut sebagai affiliate. Bermakna kita menjadi agen dan memperoleh komisyen apabila mempromosikan produk orang lain.
Di Malaysia, antara sumber untuk menjadi agen produk digital adalah Ashadee.com. Di mana kita boleh mempromosikan e-book terbitan Ashadee dan memperoleh komisyen yang lumayan setiap bulan.
Dengan menggunakan Facebook Pages, kita boleh mempromosikan pautan e-book ini kepada semua pengguna yang ‘Like’.
#5 – Jual Perkhidmatan dan Kepakaran
Facebook Pages adalah tempat yang sesuai untuk menjual servis. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages yang menawarkan tip-tip penulisan, kita juga boleh mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan menulis artikel untuk bisnes-bisnes kecil.
Menurut Dr. Azizan Osman, ramai pemilik bisnes yang inginkan penulis untuk membantu perniagaan mereka. Justeru itu, ini adalah satu pasaran yang luas dan lumayan.